Azizan tak mahu saya menang, kata Abd Isa
ALOR SETAR - Bekas Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail antara
rakan yang rapat dengan bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan
Abdul Razak, mungkin kerana faktor usia yang tidak jauh beza,
kedua-duanya agak terbuka apabila berbual.
Walaupun ada ketika Azizan agak skeptikal, Abd Isa tidak pernah terguris.
Namun kenangan terakhir amat menyentuh perasaannya kerana Azizan seolah melahirkan kekesalan tidak mahu kehilangan rakan-rakan rapat yang sentiasa menyokong beliau dalam parti.
“Azizan pernah berkata kepada saya, “Aku tak mahu hang menang PRU, nanti kena pi Parlimen”,” imbasnya.
Terkejut dengan kata-kata itu, penulis inginkan penjelasan lanjut, namun riak suara Abd Isa yang ketawa kecil menggambarkan betapa murni persahabatan kedua-dua insan itu.
Selaku Yang Dipertua Pas Kawasan Kubang Pasu, Abd Isa berjumpa Azizan untuk membincangkan calon-calon PRU13 lalu bagi kawasan itu, Azizan mengumumkan nama Abd Isa tidak tersenarai, seperti mana kehendaknya untuk berundur.
“Secara berseloroh Azizan kata, “lagipun aku tak mahu hang menang, nanti kena pi Parlimen. Sapa nak jadi Speaker, kena lepas jawatan. Tak ada orang lain yang sesuai,” katanya.
Itulah kenangan terakhir yang tidak dapat dilupakan sejurus sebelum Azizan jatuh sakit.
Abd Isa berkata, walaupun hanya mengenali Azizan ketika sama-sama berjuang untuk parti selepas bersara sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM), namun mereka hanya rapat selepas beliau dipilih sebagai Yang Dipertua Pas.
“Sejak 2004 saya bertanding di kerusi yang sama, Parlimen Kubang Pasu. Walau tewas saya tetap dicalonkan semula. Pada PRU13 lalu, saya suarakan hasrat berundur sebab faktor usia dan Azizan memahami kehendak saya,” katanya.

Abd Isa (kiri) bersama Azizan (dua, kanan) pada majlis sambutan Tahun Baru Cina lalu.

0 orang berkata:
Post a Comment