Thursday, October 10, 2013
Ulasan persidangan DUN Kelantan 7 - 10 September 2013
DARI GELERI AWAM
Sudah lupa bilakah kali terakhir saya menghadiri sidang Dun
Kelantan untuk melihat perjalanannya. Apa yang senantiasa saya ingat,
saya mulai tidak memasuki ke Dun itu apabila saya disinis oleh speaker
pada masa itu. Beliau 'bertanya' kepada sahabat yang minta tolong
dapatkan pas (wartawan) dengan menyoal siapa Sayuti? walhal dia kenal
sangat dengan saya.
![]() |
| Ahmad Yaakub |
Saya faham kenapa dia menyinis begitu, ada sebab-sebab yang telah lama
terakam dalam sejarah. Jadi selepas itu saya berjanji tidak akan
menjejaki Dun Kelantan sehinggalah speaker berkenaan ditukarkan.
Walaupun speaker berkenaan telah bertukar, hati masih menjadi tawar
'lembar' untuk memasuki Dun berkenaan. Tidak ada minat. Puncanya sedikit
sebanyak kerana kecewa dengan prestasi wakil-wakil rakyat yang tidak
dapat memainkan peranan sewajarnya sebagai wakil rakyat. Sidang ada
kalanya membosankan dan membuang masa.
Kenapa tidak, sesetengah ahli dewan tidak tahu membezakan dewan dengan pentas ceramah. Tidak tahu membezakan mana ceramah dan mana persidangan di dewan legislatif. Untuk apa datang ke dewan kalau hendak mendengar khutbah, ceramah atau pun sindiran-sindiran macam dilakukan Abu Nawas dalam hikayat 1001 malam. Tidak ada guna. Dewan ialah tempat berbahas, berbincang, bermuzakah dan menyelesaikan apa-apa masalah rakyat kemudian mencari rumusan mengatasinya.
Sidang Dewan bukan pentas ceramah hendak mengata dan mengejek sesiapa. Kalau pihak kerajaan bukan masanya di sini bertugas memperli dan menyindir pembangkang. Begitu juga sebaliknya. Mereka dibayar elaun bersidang oleh rakyat. Dari wang rakyat. Di dalam dewan juga bukan tempat untuk berdakwah, walaupun dakwah itu di sepanjang masa dan di mana-mana tempat. Ia boleh dilakukan dengan 'padan patut'. Bi' hikmah.

| Mustapa Mohamed |
Selalunya persidangan hanya memperuntukkan masa sekitar 20 hingga 25 jam
sahaja untuk sesuatu sessi. Masanya terlalu terbatas dan harus
dijimatkan. Ini tidak, kita pandai membaca ayat-ayat Quran mengenai
kepentingan masa, mengenai betapa berharganya masa perlu
dimanfaatkannya, tetapi masa yang emas itu kita habiskan dengan
lawak-lawak jenaka mengalahkan Raja Lawak, kita habiskan dengan
mengulangi membaca dan memberi peringat kepada apa yang sudah ada dalam
kepala, kita guna untuk menunjuk-nunjuk dan membesarkan diri kononnya
kitalah Islam, akulah yang terfasih membaca ayat-ayat suci al Quran.
Jubah akulah paling labuh atau kopiah dan songkok akulah paling tajam
dan tinggi melewati ketinggian terbus Kamal Altaturk.
Fasih dan fakih mengenai Islam tidak menjamin seseorang itu akan memasuki syurga. Yang dijamin ialah yang beriman dan bertaqwa. Bacalah dan selamilah peringatan Allah dalam ayat-ayat-Nya bagaimana untung dan berjayanya mereka yang beriman dan berqwa. Apakah kita beriman dan berqwa? Kalau hidupan seharian masih bergelimpang dengan kekayaan, beristeri ramai, berkereta besar, mempunyai tanah 'bergantang-gantang', sedang rakyat di kawasan masih papa kedanan naik basikal unta, maaf bagi saya, wakil seprti itu bukan beriman dan bertaqa. Dia juga harus tahu jalan ke Neraka.
Begitu juga kalau kita mementingkan anak beranak untuk diletakkan di tempat-tempat strategik dalam syarikat milik kerajaan, menolak permohonan orang lain yang tidak ada pertalian persaudaran dengan kita atau mana-mana wakil rakyat, apakah orang seperti ini layak membaca ayat-ayat Allah? Khadam ayat-ayat inilah nanti akan menyoal kita di padang Mahsyar.
Bersih dubur sendiri
Inilah yang saya musykilkan, apa guna membaca ayat-ayat Quran kalau hanya hendak mendapatkan pahala bacaan dengan taranum dan tajwid yang betul tetapi tidak menghayati apa yang diperintah dan dituntut oleh ayat-ayat yang dibaca itu. Inilah orang kata, kita bersusah payah untuk membersih dubur lembu tetapi dubur sendiri bercepuah dengan tahi. Cuma tidak dilihat kerana dilindungi oleh jubah dan kain pelikat?
Itulah sebab kenapa saya jadi kurang berminat untuk mengikuti sidang Dun Kelantan. Namun selepas pertukaran kepimpinan serta bertukarnya beberapa orang wakil rakyat dalam pilhan raya lalu, menjadikan saya terpanggil untuk mengikuti sidang kali ini. Saya ingin tenguk perubahan dan sejauh mana kemampuan ahli-ahli baru yang katanya dipilih dengan begitu ceramat dan menghalusi sekali. Apa yang saya hendak perhatikan juga ialah mengenai beberapa isu atau topik yang sengaja dilontarkan untuk mendapat reaksi daripada pihak kerajaan.

| Ramzi Abdul Rahman |
Saya mengulangi sekali lagi mengenai 'filsofi' atau sikap saya. Kalau
sesetengah isu tidak disentuh dan disebut di medan awam mungkin ia akan
berlalu begitu sahaja tanpa diberi perhatian kejap dan bersungguh oleh
kerajaan. Dalam hal ini apa yang saya lakukan ialah ibarat melastik
sarang tebuan untuk memberi tahu di atas kepala ada sarang tebuan yang
punya ribuan ibu yang bengking dan bisa, di mana kalau tidak hati-hati
mana tahu kalau ia jatuh akan menyusahkan banyak orang.
Saya ikhlas, serangan dan kritikan terhadap saya kerana melastik sarang tebuan tidak mengapa. Hak kerajaan dan kewajiban yang diajar Islam untuk berbuat demikian, membalas tamparan orang yang menampar kita dengan tangan kiri dibalas dengan tangan kanan. Itu keadilan. Secara peribadi sumpah seranah dan tanggapan buruk ke atas saya, saya sedia menerimanya dengan berfikiran terbuka dan jiwa 'tasamuh'. Lagi pun saya menjadi 'masalah' kepada orang bukan baru tetapi sejak berdekad lalu.
Atas tanggungjawab sosial dan juga gara-gara itulah kali ini saya mulai mengikuti sidang dewan negeri Kelantan. Kebetulan pula dengan ada kemudahan internet membolehkan saya hanya menonton dari rumah setiap minit perjalanan dewan. Tidak memerlukan pas wartawan atau pas pemerhati. Dari ruang terhad dapat saya mendengar bisik-bisik wakil rakyat semasa wakil lain sedang berbahas, jamputan-jamputan yang berbahasa kesat dan sangat tidak sopan terutama dari ketua pembangkang juga dapat ditangkap oleh telinga saya dengan jelas.
Pertamanya, saya ingin memuji kepada kerajaan kerana menyediakan kemuduhan internet. Yang berani menyiapkan sidang dewan secara langsung dengan penuh keterbukaan. Tanpa sensor sedikitpun, kecuali tindakan speaker menutup pembesar suara semasa Adun salor bercakap itu tidak pro. Saya rasa hanya kerajaan Kelantan sahaja yang telus di dalam perkara ini. Keberanian yang tepat pada masa inilah yang dikagumi dan secara tidak langsung sekali lagi Kelantan mengungguli dan mendahuli negeri lain.
Justeru kerana dewan itu telus dan langsung, maka saya mengira perlu disedari oleh ali-ahli dewan. Seperti mana diperingatkan Adun Pulai Chondonbg, Zulkifli Mamat sidang dewan diikuti oleh seluruh dunia. Ertinya setiap apa yang berlaku di dalam dewan diintap dan diperhatikan serta dinialai. Justeru semua Adun serta orang yang berada di dalam dewan, kalau hendak kentut pun harus mengikut rukun-rukun dan peraturan agar ia tidak mencacatkan dewan dan menyerlahkan kebusukan kecil dan kebusukan besar.
Saya memerhati perjalanan dewan ini hampir 80%. Kalau terlepas pun ialah mengenai ucapan bajet oleh MB Ahmad Yaakub. Tetapi saya menqada'kan dengan membaca dan meneliti keseluruhan teks ucapan beliau yang dimuatkan dalam sebuah portal berita. Saya menilai sebagai ucapan bajet pertama beliau sebagai MB dan sebagai penerusan kepada kecemerlangan Tokguru Nik Aziz ia dikira berjaya.
Walaupun tiada apa-apa pembaharu dari segi persediaan bajet, perancangan dengan mengemukakan projek-projek baru berdaya maju berskala tinggi, tetapi tidak mengapa. Mungkin dibajet pada tahun akan datang selepas kewangan dapat dijana dengan banyak menerusi sikap berjimat cermat menerusi projek yang sedia ada, beliau akan membentangkan bajet yang lebih baik lagi. Salah satu penjimatan yang boleh diberi perhatian ialah berhubung 'saguhati' tahunan kepada ahli-ahli majlis daerah (PBT) menerusi lawatan ke luar negara yang kononnya untuk memperbaiki prestasi tetapi 'hakikat makrifutullah'nya adalah untuk makan angin semata-mata.

| Hassan Mahmood |
Di sini saya tidak mahu mengulas mengenai bajet itu secara mendalam,
semua pihak kena terima hakikat apa yang ada dan permasalahan negeri
Kelantan. Peruntukkan yang disediakan itu sepadan dan sepatut. Ia juga
relevan misalnya peruntukan untuk pendidikan sebanyak hampir RM90 juta
atau lebih 40% dari perbelanjaan pengurusan lain. Penyediaan ini
menjelaskan bahawa kerajaan serius untuk menjaga aspek pendidikan dan
mengesahkan yang kerajaan prihatin kepada pembangunan pendidikan
terutamanya dibawah kelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Apakah
peruntukan yang banyak ini juga sebagai menjawab persoalan negatif
tentang YIK sebelum ini yang ditohmahkan sebagai hendak digadai?
Penilain umum
Baiklah saya akan membuat ulasan terhadap mutu perbahasan dan idea-idea yang dilontarkan oleh ahli-ahli dewan di kedua-dua pihak. Saya mulakan dengan perbahasan oleh Ketua Pembangkang, Adun Paloh, Nazula Mat Diah. Saya lihat tidak banyak isi yang dikemukakan untuk memberi teguran konstruktif kepada kerajaan, kecuali cadangan agar anak-anak syarikat Kerajaan yang 'bermasalah' atau pun diragui urusan kewangannya seperti KPK diaudit oleh juru audit luar. Selain itu tiada kritikan krtikial kepada kerajaan yang dilihat penting. Beliau walaupun sudah berakar berada dalam Dun masih membawa lenggang lengguk yang sama. Transformasi yang dianjurkan Najib tidak berubah. Nyanyian lagu tukang masih sama nada dan iramanya.
Penggunaan bahasa kesat kerana sikap panas baran tidak banyak membantu diri beliau sendiri dan juga pembangkang di Dun Kelantan. Malahan cara Nazula membedal dan menjawab bedalan ke atasnya, bertikam lidah dan juah menjuah.. tidak ubah seperti Hanuman Kera Puteh yang berdepan dengan Raja Serama atas kelir wayang sahaja. Ia digegerkan dengan papan yang dilapik bawah paha untuk memberi impek atau kesan bunyi peperangan.
Ada seruan untuk berkerjasama dilontar oleh Nazula tetapi ia tidak disertakan idea dan makenisme kerjasama yang boleh difikirkan. Di sinilah kemiskinan pemikirannya. Begitu juga dengan Adun Kuala Balah, Abdul Aziz Drasid yang mengambil bahagian dalam perbahasan bajet juga tidak mencerminkan kematangan beliau sebagai seorang ahli dewan yang lama. Pendidikan profesyen beliau sebagai peguam tidak banyak membantu. Tindakannya mempertikaikan mengenai peruntukan untuk membina lebuh raya menerusi FDI tidak ada dalam bajet memalukan.
Kurang maklumat atau pun terma-terma kewangan menggambarkan kejahilannya dan kekeringan dan malas untuk membuat home work. Rata-rata saya lihat ahli dewan termasuk Exco tidak serius untuk berhadapan dengan sidang menyebabkan jawaban yang diberikan seakan terlintas di dahi sahaja dan benda yang simple, misalnya perangkaan berapa ramai Orang Asli memeluk Islam pun perlu diberikan notis. Apakah kalau ditanya di mana anak-anak muda cantik ia juga memerlukan notis. Oh tidak...
Hampir keseluruhan ahli pembangkang tidak memberi sumbangan yang memuaskan. Sikap dan ulah pembangkang masih tidak berubah walaupun era sudah berubah. Hanya beberapa orang saja dari 12 Adun yang bercakap. Yang ada seperti tidak wujud. Tiga Adun tidak berada dalam dewan kerana ada urusan lain, ini menandakan mereka tidak prihatin. Tidak banyak juga soalan yang diminta untuk dijawab. Mungkin juga soalan dihantar tetapi ditapis dan disaring oleh pihak setiausaha dewan. Yang bangun bercakap meminta soalannya dijawab ialah Adun Dabong, Ramzi Abdul Rahman dan Adun Gual Ipoh, Bakeri@Mohd Bakeri Mustafa dan Adun Bukit Bunga Adhan Kecik yang bertanya soalan tambahan.

| Husam Musa |
Adalah diharap pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed
memberi perhatian mengenai soal 'kelewehan' dan kurang aktif ahli-ahli
pembangkang ini. Mungkin perlu brainstorming dan motivasi
diadakan dari masa ke semasa. Ahli-ahli pembangkang mungkin perlu dibawa
melawat sidang parlimen menjadi pemerhati untuk mengambil pengalaman
dan penganjaran. Mereka juga dituntut agar banyak membaca, bukan saja
buku komik atau sejarah, majalah bola sepak atau automobil tetapi
buku-buku teknikal pentadbiran dan pengurusan kewangan dan diplomatik
juga. Selain itu tentulah diajar berkomunikasi dalam media baru dan
sebagainya.
Sikap 'kalau pun tegur tidak memberi guna' kerana pembangkang minoriti bukan sikap postif dan praktikal. Di dalam berbincang isu rakyat bukan perlu dilihat apakah pandangan kita dilaksanakan tetapi cukup kalau pandangan kita itu diberi perhatian atau renungan hatta secara senyap oleh pihak kerajaan atau di luar kerajaan. Sebagai ahli Dewan kita perlu berkualiti dan ada daya intelektual. Wakil rakyat bukan JKKK atau pegawai Halakaq.
Dengan sebanyak 12 orang ahli pembangkang Kelantan boleh memainkan peranan besar kalau masing-masing bersungguh dan komited dengan tanggungjawab dan tugas masing-masing. Banyak hal-hal yang tidak terungkit oleh pihak kerajaan atas sebab-sebab tertentu misalnya tidak mahu menyakiti hati atau kerana malu alah, boleh dipantau oleh pembangkang. Dengan cara itu masalah rakyat yang cuba disapu ke bawah karpet akan diselak oleh pembangkang. Inilah tugas dan tanggungjawabnya.
Dasar apartaid
Paling bererti kalau semuanya tulus dan ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan dengan memikirkan peluang atau kerjasama di antara kerajaan Pusat dan kerajaan Kelantan. Mustapa Mohamed sebagai menteri boleh menjadi pendayung ke arah itu. Sikap dan berpolitik secara apartaid mungkin sudah tidak sesuai lagi. Kebetulan juga Ahmad Yaakub mengambil pendekatan tidak 'babil' dan 'degil' dengan mahu mewujudkan kerjasama G to G adalah ruang terbaik.
Saya ingin memalingkan pula kepada pihak kerajaan, melihat dan membandingkan mereka dengan wakil rakyat pembangkang. Secara umumnya pencapaian, prestasi dari segi penampilan dan idea lebih kurang sahaja. Ada beberapa wakil rakyat kerajaan hadir sebagai memanas kerusi atau memastikan attendence ditanda saja untuk mendapat elaun. Setengahnya bangun mohon pertanyaan mereka jawab tanpa ada apa-apa soalan tambahan. Ini menunjukkan mereka 'kontang' idea. Soalan mereka itu pun direkacipta untuk membolehkan kerajaan menjelas sesuatu isu kepada dewan atau pun bagi memastikan punggung mereka tidak terpaku di kerusi.
"Yang berhormat Tuan Spekaer, mohon jawab solan saya nombor sekian-sekian"... lepas itu mereka duduk dan bangun pula bila rehat untuk minum tea dengan lepak pisang dan buah gomok atau apabila dewan ditangguhkan.
Wakil rakyat seperti bukan tidak berjenis, tetapi tidak memberi sumbangan pemikiran. Barang kali mereka lebih aktif di luar sana. Bergaya dengan baju kot atau pun kopiah tajam dan hand phone canggih dan 'menebingkan' Mercedes model baru. Bagaimana pun ada juga beberapa wakil rakyat yang aktif. Yang boleh saya sebutkan di sini seperti Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman, Adun Kadok, Azami Mohd Noor. Manakala Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat, Adun Salor, Husam Musa dan Adun Tawang, Hassan Mahmod tidak termasuk dalam penilaian Adun boleh diberi tiga bintang kerana mereka adalah mantan Exco.
Beberapa Adun baru masih belun menyerlah sangat kecuali Adun Tendong, Rozi Mohamad yang beberapa kali bangkit menanyakan soalan tambahan dan juga siap dengan fakta-fakta tertentu walaupun dia sudah dibekalkan demikian. Setaraf dengan Adun Tendong ini, ialah Adun Guchil Roslan Putih yang merupakan satu-satu Adun PKR. Walaupun pertama kali memasuki Dewan tetapi Adun ini ada keberanian dan potensi.
Pencapaian dua orang Adun wanita pihak kerajaan juga tidak begitu menyerlahkan. Adun Kijang, Wan Ubaidah Wan Omar dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim tidak banyak bangkit menyoal soalan atau memberi soalan tambahan. Mungkin mereka membatasi diri mereka sebagai muslimat Pas yang harus bersopan santun. Ehwah...
Bagaimana pula dengan prestasi exco? Secara keseluruhan kesemua exco berada dalam tahap sedarhana dan OK, kerana tidak mengecewakan kecuali dua orang exco sahaja. Ini pun boleh dimaafkan kerana mereka baru pertama kali menduduki kerusi exco. Salah seorangnya masih belum habis menggeleter dan masih tidak percaya yang beliau adalah exco. Menjawab soalan terketar-keter dan tergagap-gagap, tidak ubah seperti budak sekolah yang dipaksa guru membaca karangan sendiri di dalam kelas. Walaupun kerajaan Pas sudah berusia 23 tahun tetapi masih ada exco 'lagu' ni.
Apa yang tertulis dalam kertas jawaban yang disediakan oleh pegawainya semua dibaca, cuma beliau tidak menyebut koman, titik bernokhtah dan nokhtah sahaja, tetapi tidak habis-habis mengakhiri jawaban dengan perkataan; sekian dimaklumkan. Apakah exco ini boleh dinamakan exco sekian dimaklumkan?
Pun begitu dari segi kejujuran dan ketulusan, exco ini lebih baik berbanding dengan seorang lagi exco yang tidak habis-habis hendak menunjuk-nunjukkan jambulnya lebih tinggi daripada jambul ayam serama. Jubahnya lebih labuh dari ekor merak atau kopiahnya paling tajam dari pisau 'jemeleh'. Ketinggian ego ini atau cerdik 'ubi setelor' boleh dilihat semasa beliau menggulung perbahasan bajet. Beliau tidak memahami mana perkara pokok dan mana perkara sampingan. Hal-hal peribadi yang tidak wajar diheret ditarik sama masuk ke dalam upih kebendulan knowledge politiknya.
Terkesan juga nada semacam mencemuh seseorang kerana sentimen puak atau kabilah. Sikap begini tidak perlu diteruskan. Sewajarnya setelah berada dalam dewan empat penggal, telah melawat hampir seluruh dunia, sikap dan perangai perlu diubah dan daya intlektual ditingkatkan. Manfaatkan lawatan ke luar negeri, menghadiri persidangan dan sebagainya untuk dijadikan pupuk menyuburkan diri dan minda politik kita. Saya tidak tahu, mungkin peluang lawatan yang menggunakan wang kerajaan itu diambil kesempatan untuk melilau ke tempat lain bersama isteri baru?
Semoga Ahmad Yaakub akan memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi. Usrah dalaman perlu diperacapkan dan penekanan kepada soal-soal moral dan syaksiah sebagai pimpinan, perlu diberikan keutamaan. Kalau kerajaan Kelantan sudah melantik sebuah badan perunding Ikatan Ilmu Nasional, gunakanlah konsultan ini untuk memastikan sikap, perangai dan ego seperti exco berkenaan tidak ada lagi.
Suka saya memberi sorotan khas kepada Adun Salor Husam Musa yang kali ini bertindak seperti 'pembangkang' di dalam Dewan. Itulah persepsinya. Saya jamin pengamal politik konservatif tidak suka kepada cara Husam. Tetapi mereka yang menerima konsep liberal atau kebebasan berfikir (demokrasi) sangat menyetujuinya. Selepas tidak menjadi exco Husam lebih berani dan tergamak untuk menimbulkan soal-soal yang boleh diselesaikan di luar tetapi di bawah ke dalam Dewan. Saya bersetuju dan tidak bersetuju dengan tindakan Adun ini.
Pendedahan yang dibuat memang pahit tetapi harus diterima kalau ia sebuah kebenaran. Kerajaan sepatutnya menerima tanpa prejudis terhadap apa yang dibangkitkan. Sekiranya berfikir Husam khianat dengan cara dan tindakan itu, dia boleh melakukan jauh dari itu. Tetapi saya tidak fikir sejauh itu fikiran dan tindakannya. Dari padangan saya telatah-telatah Husam 'menggelikan' itu tidak akan berlaku kalau Ahmad Yaakub dan kawankawan lain mengambil sikap mesra rakan dan menjauh sentimen dan puak.
Saya sering mengatakan manusia lebih kurang dengan binatang. Ianya perlu dimarahi, ditengking, dielus dan dimanjakan. Kucing yang ditengking ia akan menjauhi dan bila lapar ia akan mencuri. Kucing yang dielus kandati ia lapar dan pernah jahat ia akan menjadi baik dan manja. Saya sering juga memberi anologi ini untuk diri saya sebagai penulis.
Akhirnya dalam catatan ini saya ingin mengulas wibawa speaker Abdullah Yaakob. Abdullah kalah dalam pilihan raya lalu ditangan Mustapa Mahamed di Dun Air Lanas dilantik menjadi spaker. Saya tidak tahu kenapa dia dipilih sedangkan masih ada beberapa wakil rakyat yang kalah tetapi tidak dilantik menjadi speaker. Apakah kerana dia gempal?
Tidak menjadi titik bengit soal itu. Apa yang saya hendak sebutkan, beliau harus bersikap adil dan tidak rigid dalam mempengerusikan sidang dewan. Sepanjang beliau mempengerusikan ternampak sikap tidak adil beliau dan cuba mengelakkan perbahasan-perbahasan yang dianggap boleh menyakitkan kerajaan. Kenapa harus bersikap begitu. Beliau patut membuka dan memberi ruang seluasnya kepada ahli-ahli dewan untuk berbahas dan bercakap. Dewan bukan mesyuarat Pas kawasan. Kepandaian kita tidak membenarkan ahli bercakap bukan kebijaksanaan tetapi satu kesempitan minda.
Sesetengah amalan biasa, penaka bila sudah tiba penggulungan ahli tidak boleh mencelah, tidak wajar diteruskan. Sudah sampai masanya dewan perlu diuruskan secara dinamik sesuai dengan kedudukan dewan itu yang mulia. Inilah saya katakan bukan sahaja ahli dewan tetapi speaker juga harus mempunyai ladang ilmu dan maklumat luas. Tidak ada guna kalau kita memiliki ladang getah atau sawit yang luas kalau ilmu bagaimana hendak menorah dan menjolok sawit tidak ada, tidak guna. Torehan dengan sudut 25 darjah bukan satu-satu cara untuk mendapat getah.
Inysa-Allah kalau ada kesempatan saya akan memerhati sidang dewan seterusnya. Catatan ditangguhkan. [wk.kl.10/10/13]

0 orang berkata:
Post a Comment