Thursday, October 10, 2013
Mahathir mahu Menteri-menteri mana letak jawatan ni?
Kata Tun Mahathir "Di Jepun jika kapalterbang terhempas di lapangan terbang, Menteri Pengangkutan kena letak jawatan".
"Tapi di Malaysia, Menteri berkenaan akan berkata itu bukan urusan saya.. "
"Saya mahu lebih ramai yang meletakkan jawatan.."
Oleh itu Tun Dr Mahathir mahu menteri-menteri yang bertanggungjawab atas kepincangan kementerian mereka seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 meletakkan jawatan.

Walaupun beliau tidak menyebut nama Menteri berkenaan tapi yang jelas
dua kementerian yang menjadi sebutan ramai berikutan kepincangan yang
didedahkan oleh Laporan Audit Negara itu ialah Kementerian Dalam Negeri
dan juga Kementerian Belia dan Sukan.
Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri pada ketika itu ialah sepupu
Najib, Hishamuddin Tun Hussein manakala Menteri bagi Kementerian Belia
dan Sukan pula adalah Shabery Cheek.
Kementerian Dalam Negeri dengan isu kehilangan pistol, gari dan kereta
Polis manakala Kementerian Belia dan Sukan pula isu bayaran kepada
K-Pop.
Cadangan Tun itu memang baik sekali bagi menjadikan Menteri-menteri
disetiap Kementerian yang ada agar tahu bertanggungjawab bukan hanya
tahu mempersalahkan pihak lain dalam kementeriannya.
Tapi... Kalau jawatan Ketua Bahagian pun pemimpin UMNO ni kalau boleh
nak pegang sampai mati bila dah mati wariskan pula kepada anak dia...
apatah lagi jawatan Menteri..
Jangan haraplah!!.. bak pepatah Melayu generasi baru kata "Jauh panggang
dari babi.." pepatah Cina pula kata "Umpama mengharap untuk melihat
babi boleh terbang"...

0 orang berkata:
Post a Comment