Wednesday, October 9, 2013
Korang Pikir Akhbar Atau Pun Mulut Menteri Yang Jahat?
Shahidan dakwa media tidak beretika dedah ucapan tertutup Zahid
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
OCTOBER 09, 2013
Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menyifatkan media yang
mendedahkan ucapan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di
Melaka pada Jumaat lalu sebagai tidak beretika kerana majlis itu
dijalankan secara tertutup.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tindakan media itu dilihat sebagai tidak menghormati hak dan privasi pihak yang menganjurkan majlis.
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
OCTOBER 09, 2013
Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menyifatkan media yang
mendedahkan ucapan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di
Melaka pada Jumaat lalu sebagai tidak beretika kerana majlis itu
dijalankan secara tertutup.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tindakan media itu dilihat sebagai tidak menghormati hak dan privasi pihak yang menganjurkan majlis.
"Tindakan
oleh media tersebut sangat tidak beretika dan tidak menghormati majlis
tersebut kerana ia berlangsung secara tertutup dan tidak wajar ia
didedahkan kepada umum.
Sebelum
ini, media melaporkan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri pada
satu Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Melaka
bercakap mengenai beberapa isu sensitif iaitu antaranya melibatkan isu
penjenayah masyarakat India serta mempertahankan kumpulan haram yang
dikaitkan dengan aktiviti jenayah."Apa haknya untuk mereka membuat
laporan dalam sebuah majlis tertutup, bayangkan kalau hak mereka
dilanggar, bagaimana perasaan mereka," katanya kepada The Malaysian
Insider susulan laporan media mengenai isi kandungan ucapan dalam majlis
yang berlangsung di Melaka itu.
Shahidan
ketika ditanya mengenai perbincangan yang berlangsung dalam majlis itu,
berkata isu yang dibincangkan adalah berkaitan keselamatan dan tidak
wajar untuk didedahkan kepada mana-mana pihak.
"Ia bagi membincangkan langkah menangani masalah keselamatan, tidak perlu curi maklumat," katanya.
Shahidan yang
juga calon Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berada dalam majlis sama dan
beliau turut membidas tindakan media yang didakwanya memutar-belit
liputan mengenai majlis tersebut.
"Laporan mereka
juga putar belit dengan mengaitkan mereka yang hadir dalam majlis
tersebut kononnya kumpulan tidak baik," katanya.
Beliau juga
mendakwa tidak pernah mengetahui kewujudan kumpulan "Tiga Line" seperti
yang dihebohkan media selepas majlis Jumaat lalu.
"Saya tidak pernah tahu tentang kumpulan "Tiga Line" tapi mungkin Datuk Zahid merujuk kepada Kumpulan 30.
"Kumpulan
tersebut bukan gengster, mereka ini adalah kumpulan kebajikan seperti
yang diterangkan oleh beliau, yang menguruskan kenduri kendara, kematian
dan sebagainya.
"Kumpulan 30
ini adalah sebahagian adat dan budaya orang Melayu, ia wujud sebelum
kebanjiran bangsa lain di Malaysia. Malah sudah wujud sebelum kedatangan
penjajah," katanya.
Dalam rakaman
sepanjang 20 minit di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di
Ayer Keroh, Ahmad Zahid juga menghentam Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, P Waythamoorthy kerana mengkritik pasukan polis susulan
insiden tembakan lima penjenayah India di Pulau Pinang.
Ahmad Zahid juga secara bangga mengakui pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diluluskan baru-baru ini adalah cadangannya.
"Kita siasat,
kita bawa ke mahkamah. Kalau tidak ada bukti atau tidak cukup bukti,
sekurang-kurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya.
Tiada kompromi," katanya.
Pindaan akta
kontroversi PCA yang diluluskan baru-baru ini di Parlimen akan
membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun, serta boleh
dilanjutkan sehingga selepas berakhir tempoh tersebut.
Pindaan itu diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas mendapat undi 115 daripada ahli Parlimen Barisan Nasional. - 9 Oktober, 2013.


0 orang berkata:
Post a Comment