Sidang Dun Kelantan hari kedua tegang
-
- Walaupun tidak sependapat dengan Adun Pas di dewan, namun Nozula (kanan) tetap ceria ketika menyapa Zaki Ibrahim (Pas- Kelaboran) ketika sidang berhenti rehat jam 1 petang.
KOTA BHARU - Sidang Dun Belanjawan yang masuk hari kedua semalam,
tegang apabila berlaku perang mulut antara Ketua Pembangkang, Datuk
Nozula Mat Diah dan beberapa Adun ketika membangkitkan beberapa isu
khususnya melibatkan hak rakyat.
Ketegangan tercetus ketika Nozula mengeluarkan kenyataan Melayu kini
diambang maut dan menggesa agar dihentikan perbalahan sesama Islam
sebelum sesi perbahasan dicelah Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas- Wakaf
Bharu).
Che Abdullah bertanya sama ada Nozula ingin menarik balik kenyataan
‘Melayu kini diambang maut’ atau sebaliknya, sebelum ditekankan dengan
perkataan ‘diambang’ beberapa kali oleh Adun Paloh itu.
“Nak tanya Yang Berhormat (YB) Paloh, tok se (tak nak) tarik ke
kenyataan tadi bahawa Melayu diambang maut, 60 tahun Umno memerintah
tiba-tiba Melayu diambang maut.
“Diambang..kalau kita berbalah begini, sememangnya akan mampus, sekarang ambo (saya) kata diambang, kerana perbalahan kita, sebelum terlambat, sebelum menjadi hancur, mampus, kita perlu berbaik- baik menyatupadukan Melayu untuk menjadikan ia sebagai kekuatan Melayu,” katanya.
Suasana tegang yang berlaku sekitar lima minit itu turut mengundang ketawa media, pemerhati dan orang ramai yang mengikuti sesi perbahasan tersebut.

0 orang berkata:
Post a Comment