03 Disember, 2013
Ustaz Ridhuan Tee Disiasat Kerana Ajar Subjek ' Pembersihan Etnik'
Kementerian Pertahanan akan menyiasat dakwaan bahawa ahli akademik pro
kerajaan Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) mengajar subjek “pembersihan
etnik” di Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM).
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata walaupun
beliau tidak mempunyai maklumat lengkap, beliau mempertahankan Profesor
Madya tersebut kerana tidak salah untuk menyentuh isu itu jika ia
berdasarkan fakta.
“Kita mesti berlaku adil, kita perlu melihat sama ada subjek tersebut
untuk mendidik pelajar atau dibuat dengan hasutan,” katanya menjawab
soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh). ~tmi



0 orang berkata:
Post a Comment