Tiada bukti asas untuk buktikan kenyataan hakim
PUTRAJAYA - Tiada bukti asas yang boleh mewajarkan kenyataan seorang
hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya bahawa Datuk Seri Anwar
Ibrahim adalah seseorang yang mempunyai kecenderungan terhadap perlakuan
homoseksual, demikian mahkamah persekutuan diberitahu hari ini.
Dalam hujahnya, peguam Datuk Sulaiman Abdullah, yang mewakili ketua pembangkang itu berkata kenyataan berkenaan sepatutnya dipadamkan daripada sebahagian besar penghakiman bertulis oleh hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Tun Abdul Hamid Mohamad ketika melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat pemandu keluarganya.
Katanya perenggan yang dipersoalkan itu tidak diperlukan dan tidak relevan dalam penghakiman berkenaan kerana ia merupakan kenyataan peribadi Abdul Hamid terhadap Anwar dan tidak menjadi prinsip utama dalam kes terbabit.
"Perenggan yang dipersoalkan itu begitu tidak adil dan tidak munasabah kerana komen peribadi itu dibuat tanpa mengambil kira keterangan Anwar semasa perbicaraan," katanya.
Sulaiman berkata, perenggan yang dipersoalkan itu mencemar dengan teruk nama baik Anwar dan terus mengakibatkan berlakunya ketidakadilan secara serius serta kerosakkan nama baiknya kerana ia sering disalahguna, diulang, disiarkan dan digunakan secara meluas sebagai suatu justifikasi untuk mengutuk dan merujuk kepada Anwar sebagai seorang pengamal homoseks atau seks songsang kepada orang ramai. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment