BANJIR SATU RAHMAT UNTUK MENGAJAR SI SOMBONG BONGKAK ! - Pak Karamu
12 Disember, 2013
Akibat Kecewa Pengurusan Mangsa Banjir, Ahli Umno Sertai PKR Di Kuantan
Hari ini UMNO Bahagian Kuantan menerima tamparan maut apabila lebih 100 penyokong tegar mereka telah istihar masuk PKR ekoran rasa kecewa dan tidak puas hati atas cara layanan yang mereka terima dari kerajaan UMNO/BN pimpinan Adnan Yaakub.
Penduduk Tanah Putih Baru yang di ketuai seorang
bernama En Rashid orang kuat UMNO Cawangan disitu telah megambil
keputusan bijak dan tepat untuk meninggalkan UMNO yang gagal untuk
membela nasib mereka untuk masuk PKR.
Borang penyertaan keahlian diserahkan sendiri kepada Ahli Parlimen
Kuantan merangkap naib Presiden Parti KeADILan Rakyat YB Fuziah Salleh
petang tadi.
Mereka berkata ketika penduduk Tanah Putih Baru di landa banjir mereka
hanya lihat kumpulan dari Pakatan Rakyat diketuai YB Fuziah Salleh yang
benar-benar datang membantu sedangkan dari UMNO/BN sekadar jenguk,
pandang dan hilang.
Omak Kau selalu berkata .. nak tahu parti itu elok dan berjiwa rakyat
serta berjuang untuk rakyat dan membantu rakyat ketika rakyat ditimpa
kesusahan dan kepayahan .. ketika rakyat sedang menangis menangung
derita bukan ketika rakyat senang lenang ketawa ria.Pengalaman mematang
dan membuka minda mereka. ~omakkau
Lagi gambar di SINI.



0 orang berkata:
Post a Comment