4/12/13
Kereta rasmi PM berlanggar
Seorang
lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan
Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila
keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Lelaki berusia 20-an itu dikatakan
terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu
terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib,
menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.
"Perdana menteri juga tidak mengalami
kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu
memasuki kawasan bangunan Parlimen," katanya dalam sidang media di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur hari ini.
Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bangunan itu. Mohmad berkata siasatan polis tidak mendapati adanya unsur jenayah.
- Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment