AJARAN SESAT ITU ADALAH AJARAN DAN AMALAN YANG TIDAK MENEPATI HUKUM ALLAH DAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W, YANG SESAT ITU SAH MENJADI KAFIR, MENGIKUT SUMBER HUKUM DARI AL QURAN JIKA TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUMAN TUHAN ADALAH MENJADI KAFIR - Pak Karamu
Banteras ajaran sesat sama penting jenayah berat
PETALING JAYA – Usaha membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman
Syiah di negara ini adalah sama penting dengan mencegah kegiatan jenayah
berat serta terancang kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan
keharmonian masyarakat bahkan mengancam keselamatan negara.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan
untuk menubuhkan sebuah pasukan polis khas atau ‘polis syariah’ bagi
membanteras ajaran sesat itu amat bertepatan pada masanya bagi
memperkasa pasukan penguatkuasaan di jabatan-jabatan agama Islam.
“Aspek akidah ini sangat penting, membanteras ajaran sesat ini bagi
saya sama penting dengan kes jenayah yang mengancam keselamatan negara
kerana kedua-duanya melibatkan soal kepentingan dan keselamatan rakyat
secara keseluruhannya.
“Saya menyokong penuh penubuhan polis syariah ini kerana ia bukan
sahaja memperkasakan penguatkuasaan bahkan dapat memastikan agenda
pembanterasan penyimpang dan penyelewengan akidah ini dapat dilakukan
dengan cara yang lebih berkesan, teratur, tersusun serta dapat
mengekang daripada peristiwa pembunuhan penguat kuasa Jabatan Agama
Islam Pahang daripada berulang kembali,” katanya kepada Sinar Harian
Online dalam sesi wawancara eksklusif, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan ahli Parlimen Lembah
Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam yang menyarankan supaya Kementerian
Dalam Negeri (KDN) memberi tumpuan kepada usaha membendung jenayah berat
terlebih dahulu sebelum mencampuri bidang kuasa kementerian dan jabatan
kerajaan lain dalam memerangi Syiah.
“Menteri harus berhati-hati sebelum membuat tuduhan melulu terhadap
mana-mana individu, tumpuan KDN adalah untuk mencegah jenayah berat
seharian.
“Kita punyai bidang kuasa masing-masing dan tidak tepat untuk
menghentam secara semberono pimpinan Pas dan menggandakan serangan
dakwaan yang begitu keras dengan tindakan tiba-tiba dengan mewujudkan
satu pasukan polis khas agama,” katanya.
Menurut Asyraf, keperluan untuk menubuhkan pasukan polis syariah itu
sangat mendesak malah dakwaan pembangkang mengatakan anggota polis akan
hilang fokus itu tidak berasas sedangkan pengkhususan tugasan pihak
berkuasa akan lebih teratur apabila pasukan itu diwujudkan nanti.
“Polis syariah ini satu idea yang segar dan baru, ada keperluannya,
terutama melihat perkembangan yang sedikit menakutkan kita apabila
ajaran sesat boleh mewujudkan satu ketaksuban yang luar biasa hingga
berlaku pertumpahan darah seperti pembunuhan ketua penguat kuasa JAIP
baru-baru ini.
“Tugas polis akan lebih fokus sekali gus mengelakkan dakwaan bahawa
polis akan lupa tentang tanggungjawab untuk membanteras jenayah
sedangkan kedua-duanya pun penting, jenayah berat yang mengancam
keharmonian itu sama penting jenayah yang bersifat berakar daripada
akidah yang salah,” katanya.
Jelasnya ancaman ajaran sesat dan fahaman Syiah tidak boleh dipandang
remeh kerana akidah yang terpesong boleh menyebabkan keperibadian
seseorang itu berubah.
Lebih bahaya sehingga ada yang boleh melakukan perkara di luar batasan dan norma hidup.
“Akidah yang salah ini boleh mencorakkan keperibadian berfikir tentang
perkara yang tidak masuk akal seperti membunuh dan sebagainya.
“Kalau kita lihat sejarah perkembangan ajaran sesat selepas zaman Nabi
Muhammad SAW, ia sering kali akan terbawa-bawa sampai ke peringkat
menghalalkan darah umat Islam itu sendiri,” katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment