Rabu, 4 Disember 2013
Buat Kenduri Kesyukuran Kerana Tidak Dilantik Pesuruhjaya Pas
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Othman (gambar),
meraikan
'pembebasan' beliau daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dengan
mengadakan kenduri kesyukuran, malam tadi.Beliau meraikan rakan dan
penyokongnya dengan kambing dan ayam bakar di Markas PAS Bukit Kapar.
Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali."Saya tanya Dr
Rani sebelum datang majlis apakah ini. Dr Rani jawab, majlis kesyukuran
selepas berjaya dibebaskan daripada pesuruhjaya," kata Mustafa yang
berucap di majlis itu.
Mustafa berkata, sebelum muktamar PAS ke-59, Dr Rani menghantar surat
kepada Presiden PAS untuk memohon agar beliau tidak dipilih lagi untuk
jawatan itu.
“Kepada saya pula Dr Rani berkata, sila berikan sebab kenapa saya perlu
dikekalkan sebagai PJ,” katanya.Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang mengumumkan Exco
kerajaan negeri Selangor, Iskandar Samad dilantik sebagai Pesuruhjaya
PAS Selangor.
Tindakan tidak memilih Dr Rani amat memeranjatkan kerana beliau
dikatakan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor paling berjaya berdasarkan
keputusan pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.
Di bawah pimpinannya, PAS Selangor berjaya mengecap kejayaan paling
cemerlang apabila PAS berjaya menambah tujuh kerusi DUN kepada 15 di
Selangor di samping mengekalkan jumlah kerusi Parlimen.
Sehubungan itu, berlaku sedikit kegelisahan di kalangan penyokong Dr Rani, apakah beliau dipecat.
Pada majlis itu, Dr Rani berkata, sebaik saja dimaklumkan mengenai
pelantikannya, Iskandar menghubungi beliau bertanya, bolehkah beliau
menolak pelantikan itu, kerana Iskandar juga bukan mengejar jawatan itu.
Dr Rani berkata:"Mana boleh."Dalam ucapannya malam tadi, Dr Rani
berkata, walaupun beliau sudah
bebas daripada memikul jawatan itu, perjuangan masih belum selesai."Kita
kena fokus kepada usaha mahu ke Putrajaya. Musuh kita sekarang adalah
Umno. Kita kena ingat itu," katanya.TMI



0 orang berkata:
Post a Comment