Isu 'huruf alif': Tindakan pengecut
LATI – Umno Rantau Panjang mengutuk penyebaran kertas bertajuk
‘Selamatkan kalimah Allah’ namun menukar huruf alif kepada nombor satu
(1Malaysia).
Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim berkata, pihak tidak bertanggungjawab itu sengaja mahu mencemarkan nama baik Umno dengan menunjukkan kejahilan sehingga sanggup menukar kalimah suci kepada simbol.
Namun katanya, pihaknya tidak terima sebarang laporan mengenai pengedaran kertas tersebut di kawasan ini.
“Ada pihak lain mencetak kertas dan meletakkan logo parti kerana mahu menaikkan kemarahan orang kampung, seterusnya benci Umno.
“Pihak terbabit sepatutnya sedar tindakan menyebarkan fitnah dan menuding jari kepada pihak lain, dipanggil sebagai pengecut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno bahagian, Tarmizi Muhammad berkata, Pas Rantau Panjang tidak sepatutnya menuduh Umno dengan hanya melihat lambang parti di kertas berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya kesal kerana Pas mengambil tindakan melulu menuduh Umno sebagai dalang penyebaran kertas tersebut.
“Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Pihak berkenaan pengecut dan berniat melaga-lagakan penduduk Islam.
“Semua sedia maklum, kalimah suci tidak boleh disamakan dengan mana-mana simbol, apatah lagi dipolitikkan,” katanya.
Justeru, Tarmizi berharap, umat Islam terutama penduduk di Rantau Panjang tidak mempercayai dakyah dikeluarkan pihak terbabit, malah pihaknya menentang keras penyalahgunaan kalimah ALLAH dengan mana-mana simbol.

0 orang berkata:
Post a Comment