Mahu muzakarah Pas-Umno jadi realiti
KUALA LUMPUR - Isu muzakarah di antara Pas-Umno - yang disifatkan
pemimpin Pas Umno salah faham mengenainya, turut menarik perhatian Ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan ucapan dasarnya,
hari ini.
Dalam nada optimis, Khairy berkata, Pemuda menyambut baik idea muzakarah ini, dalam erti kata lain, penyatuan di antara kedua-dua parti itu.
Jelas Khairy, Pemuda Umno tidak menolak apa-apa kebarangkalian, cuma harapnya idea muzakarah ini lahir ikhlas dari hati Pas sendiri.
Lagipun ujarnya, idea ini merupakan satu langkah murni untuk menyatupadukan orang Melayu.
"Harapnya janganlah idea muzakarah itu sekadar untuk menggertak DAP...
"Bagi Pemuda Umno, ianya satu langkah yang murni... demi kelangsungan survival ummah, bangsa dan agama.
"Anak punai anak merbah, terbang turun meredah awan, Umno dan Pas satu ukhuwah, rapatkan jurang berpisah jangan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno di PWTC hari ini.

Isu muzakarah antara Pas dan Umno ini timbul semula, selepas Presiden
Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini menjelaskan, Pas
menyatakan kesedian untuk mengadakan muzakarah dengan Umno demi
kelangsungan Melayu dan agama Islam.

1 orang berkata:
PAS dari dulu lagi telah beberapa kali mengajak UMNO bermuzakarah, diragui pula keikhlasannya. Percayalah kali ini seperti yg berlaku sebelumnya, sahutan oleh puak UMNO ini akan dibatalkan disaat akhir, setelah bersetuju pada mulanya. Tentu akan ada mufti memberikan nasihat dgn alasan untuk mengelakkan perpecahan dan kekeliruan, maka itu elok dibatalkan. Dlm hal ini nasihat mufti diterima pula. Sudah boleh dibaca tembelang puak UMNO tu. Debat ke muzakarah ke, puak UMNO akan mengelat akhirnya.
Post a Comment