12 Disember, 2013
Gambar Yang Memeningkan KDN.. Saksikanlah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang
kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran
Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata,
Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
"Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad.
Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam
berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai
2008.
"Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang
mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011,"
katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.
Ahmad Zahid berkata di Pulau Pinang hari ini, bukti-bukti untuk
menyokong tuduhan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu terlibat dalam
aktiviti Syiah akan didedahkan hari ini.
Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas
Mohamad, dia berkata, "Ia tentang perlibatan beliau dalam aktiviti
Syiah". ~tmi
Addin:
Diharap selepas gambar Ibrahim Ali dan Khomeini ini tersebar, ada tindakan drastik dari KDN.



1 orang berkata:
Geng lalang lepas, share kan banyak dah dapat, sekarang berlakun lah pulak.Ini macam orang pun ada, ini bukan melayu jati tapi curi
Post a Comment