Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BACAAN POLITIK TEMAN


 DIA NI GERGAJI DUA MATA, TEMAN RASA PASTI ADA BATU API ORANG DALAMAN JAMA'AH  YANG BERAKSI SECARA LICIK MAHUKAN GOLONGAN PROFESIONAL TIDAK AKTIF DIDALAM JAMA'AH, SEBAB GAYA NAHU CAKAP-CAKAP IRAMA SIASAH YANG DILUAHKAN ADA LIRIK SATU KUMPULAN DARIPADA JAMA'AH DAN PARTI SEKULAR YANG TELAH DIUJUDKAN UNTUK MEMPERJUANGKAN PENYATUAN MELAYU ISLAM, MEREKA INI BERGERAK DIBELAKAN TABIR SECARA AKTIF, TUGAS MEREKA MENJOLOK ISU SENSITIF  DIMARAKKAN SUPAYA MENJADI TERBAKAR DAN SETERUSNYA JAMA'AH MENJADI BERPECAH BELAH, INI PANDANGAN PRIBADI TEMAN - Pak Karamu

Tuesday, December 10, 2013

Pemimpin Bangkai Macam Ni Pas Nak Muzakarah.. Baik Tak Payah..!!

SHAH ALAM - Selepas menyatakan pemimpin "nombor dua Pas" pengikut ajaran Syiah pada Perhimpunan Agung Umno, hari ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan akan mendedahkan bukti kepada umum dalam masa terdekat.
Ahmad Zahid yang dipetik sebuah portal juga berkata, beliau akan tampil dengan bukti bagi mengesahkan dakwaannya itu walaupun bakal berhadapan tindakan undang-undang.
Walau tidak menamakan Mohamad Sabu sebagai "orang nombor dua" Pas yang didakwa mengamalkan ajaran Syiah, namun umum mengetahui, Mohamad Sabu yang memenangi semula jawatan timbalan presiden Pas digelar sebagai orang nombor dua parti.
Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu dalam reaksi awalnya terhadap kenyataan Ahmad Zahid juga mengatakan akan merujuk kepada peguamnya berhubung kenyataan itu.
Namun, Ahmad Zahid hari ini nekad tidak akan berganjak dengan kenyataan berhubung pemimpin nombor dua Pas adalah pengikut Syiah.
"Dalam Islam, kita tidak boleh mempunyai mazhab lain kerana ia akan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.
"Saya melihat perkara ini dari sudut keselamatan. Saya tidak mahu apa yang berlaku (perang saudara) di negara lain juga berlaku di Malaysia," katanya.
Mat Sabu yang dipetik Harakahdaily sebelum ini menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.
“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu... Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.


 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.