Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANJIR PAHANG KIAN BURUK

Thursday, December 5, 2013

Banjir Di Pahang Kian Buruk, Lebih 9,000 Di Pindahkan

 


KUANTAN, 4 Dis - Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam tadi. 
 
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah. 
 
“Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut. “Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan. 
 
“Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan. 
 
“Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga,” kata jurucakap itu. 
 
Katanya, laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Kilometer (KM) 28 Kuantan-Sungai Lembing, KM36 Jalan Gambang-Kuantan, KM16 Jalan Nenasi-Pekan, KM145 Jalan Jerangau-Jabor, KM72 Jalan Kuantan-Segamat dan KM10 Jalan Kuantan-Pekan. 
 
Katanya, setakat ini masih tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.