Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GANTUNG



19 Disember, 2013

Berita Tergempar Dari Meja KDN

Akhbar mingguan The Heat digantung serta-merta oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipercayai disebabkan artikel muka hadapan berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di portal The Ant Daily, akhbar The Heat mengesahkan peneribitan mereka sudah digantung."Akhbar ini tidak akan diterbitkan seperti yang dijadualkan pada 21 Disember," kata The heat.
Akhbar mingguan tersebut diberikan surat tunjuk sebab minggu lepas dan Ketua Pengarang David Lee Boon Siew turut dipanggil KDN ke Putrajaya dan diminta untuk melembutkan berita mereka.
The Malaysian Insider difahamkan, walaupun KDN tidak menyatakan secara spesifik berhubung mana-mana artikel, dipercayai ianya disebabkan oleh ertikel bertajuk “All eyes on big spending Najib” yang diterbitkan dalam isu 23-29 November.
Dipercayai, penerbitnya HCK Media diberikan masa 14 hari untuk memberikan jawapan.Difahamkan, kesemua pemberita sudah diberitahu mengenai perkara ini dalam satu mesyuarat hari ini.
Sementara Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider mengatakan beliau tidak tahu mengenai pergantungan akhbar mingguan itu.
Bagaimanapun Pengarang Kanan HCK Media Chong Cheng Hai enggan mengulas apabila dihubungi.Rosmah dikritik hebat oleh Ahli Parlimen pembangkang kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan bulan lalu untuk menyertai persidangan wanita di Qatar di atas kapasiti peribadinya. 
Akhbar The Star pernah digantung penerbitannya selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 yang menyaksikan perdana menteri pada ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan lebih 100 orang ahli politik dan aktivis.
Akhbar milik MCA itu beroperasi semula pada April 1988.Pada tahun 2006, akhbar berbahasa Inggeris Sarawak Tribune digantung penerbitannya berhubung penebitan karikatur Nabi Muhammad. ~tmi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.