Syiah politik hingusan, Pas tak teruja
KUALA LUMPUR - Ketika politik negara tertumpu kepada isu yang
mengaitkan orang nombor dua Pas dengan isu Syiah, parti itu hari ini
menyatakan isu tersebut tidak mengujakan mereka.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata demikian ketika ditanya pandangan mengenai sentimen anti Syiah yang sedang diapi-apikan kepada rakyat.
"Itu tak ada apa sebenarnya, kami tak teruja pun," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.
Selepas 5 Disember lalu, isu Syiah kembali menjadi bualan apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaitkan orang dua Pas kononnya terlibat dengan ajaran Syiah.
Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa pelbagai pihak mendedahkan bukti bagi mengesahkan dakwaan yang dibuat.
Melalui setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, 10 bukti dikemukakan kepada umum yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah.
Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu yang turut bersama dalam sidang media hari ini sekali lagi berkata, dikaitkan dengan Syiah bukan menjadi masalah besar kepada dirinya dan parti.
"Kita ada ujian yang lebih besar daripada ini, iaitu peristiwa di Mamali dulu, sehingga ahli kami dibunuh," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin tertinggi Pas, Datuk Mahfuz Omar turut mengklasifikasikan isu Syiah itu sebagai isu politik "hingusan".
"Itu tak ada apa, itu hanya politik hingusan," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment