Hangat!!! Timbalan Presiden PAS Jawab Tuduhan KDN Isu Fahaman Syiah, Bakal Ambil Tindakan Susulan.. Jom Terjah!!!
9:43 PM
No comments

Mohamad yang dikenali
sebagai Mat Sabu berkata, tuduhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari
ini dinafikannya sambil mengucapkankan terima kasih kerana mengaitkannya
dengan pemimpin dihormatinya itu.
"Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.
"Saya
memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin
yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan
Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrullah," katanya dalam satu
pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.
Menurut Mohamad, beliau akan bertemu dengan peguamnya pada Ahad.
"Selepas jumpa peguam, saya akan keluarkan kenyataan lanjut," katanya.
Ketua Setiausaha KDN
Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mendedahkan 10 bukti
penglibatan Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya
melibatkan perjuangan Khomeni.
Mohamad berkata tidak
gentar dengan kenyataan Ahmad Zahid untuk mendedahkan bukti secara
terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah.
Katanya, tuduhan sedemikian telah menjadi kebiasaan baginya terutamanya ketika pemilihan PAS baru-baru ini.
“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya.
Mohamad berkata, sejak
menyertai PAS pada awal 1980-an, beliau sudah biasa dipenjarakan
termasuk dua kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
pada 1984 dan semasa Operasi Lalang pada 1987.
Abdul Rahim berkata
selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS
itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah
rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman
Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.
Katanya, berdasarkan
temuramah bersama sahabat Mohamad selama hampir 20 tahun, C N Afghani,
berkata Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dengan
program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom.


1 orang berkata:
Pakat sholat hajatlah Abg M.Sabu dan serah pada Allah SWT.Saya percaya Allah akan menyebelahi yang benar.Di dunia mereka kuat kerana rasuah.Dari AG sampai hakim kanan semua dah di cucuk hidung, pasal itu mereka yakin menang.
Post a Comment