Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kedai emas dipecah masuk, kerugian cecah setengah juta ringgit


23/12/2013 8:34pm

JERTEH - Pemilik sebuah kedai emas di sini kerugian setengah juta ringgit selepas kedainya di Jalan Bukit Mok Mek di sini dipecah masuk perompak yang berjaya meloloskan diri melalui dinding yang ditebuk dari kedai sebelah

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata penjenayah memasuki kedai emas itu melalui sebuah lubang berukuran 45sm x 43sm yang ditebuk dari kedai menjual barang plastik, bersebelahan kedai emas itu.

"Penjenayah yang dipercayai lebih daripada seorang, berjaya memasuki kedai plastik itu melalui lubang sisip angin tandas sebelum melakukan kerja mengorek antara 8 malam tadi hingga 2 pagi ini pada dinding belakang kedai berkenaan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, mangsa mengetahui kejadian itu ketika berada di rumahnya selepas dihubungi pemilik kedai plastik kira-kira 9.10 pagi ini yang memaklumkan terdapat lubang di dinding kedainya yang menembusi kedai mangsa.

Pemilik kedai emas itu, Rahimah Mohamed Nor, 50, dan suaminya Ramli Saad, 55, tiba sepuluh minit kemudian dan mendapati pintu besi simpanan di kedainya ditebuk dan perompak melarikan semua barang kemas yang disimpan di situ termasuk wang tunai RM3,000. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.