Tuesday, December 3, 2013
Suami Naik Gila, Toreh Muka Isteri
Dirasuk hantu atau dirasuk dadah?
Azab 10 minit ditoreh suami Oleh Suraya Roslan
Azab 10 minit ditoreh suami Oleh Suraya Roslan
Seremban:
"Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar
pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor
Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam
suaminya itu.
Menurutnya,
kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan,
di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap
lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.
Nor
Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu
apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung
kesakitan dan merayu agar dikasihani.
“Puas
saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan
naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya
menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui
di wad sebuah hospital, di sini, semalam.
Menurutnya, dia
meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu
selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di
rumah ibunya di Ampangan, di sini



0 orang berkata:
Post a Comment