Zulkifeli nafi ATM lambat bantu mangsa banjir
PASIR MAS - Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
menafikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lambat menyalurkan bantuan
kepada mangsa banjir di Terengganu dan Pahang.
Beliau berkata tuduhan itu adalah tidak benar dan menyifatkannya sebagai berniat jahat yang bertujuan memburuk-burukkan agensi kerajaan khususnya ATM.
"Persediaan menghadapi bencana banjir ini telah kita lakukan sejak September lepas dengan mengatur gerak kira-kira 3,000 anggota ATM daripada tentera darat, laut dan udara.
"Selain bantuan tenaga manusia, kita juga menyediakan pelbagai kelengkapan dan logistik yang mencukupi dengan mengambil kira pengalaman agensi ini berhadapan dengan musibah banjir tahun-tahun lepas," katanya dalam sidang media selepas melawat kawasan Op Murni di Pos Ibrahim Pencen di Rantau Panjang di sini, hari ini.
Zulkifeli berkata memandangkan bencana banjir yang buruk pada tahun ini, beliau telah mengarahkan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkefli Zainal Abidin untuk mengagihkan rangsum (makanan tentera) kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu sebagai bantuan awal.
"Kita turut menambah penggunaan aset seperti helikopter untuk menghantar bantuan makanan kepada mangsa yang terputus hubungan...walaupun lambat sedikit, namun penghantaran bekalan tetap dilakukan kerana kawasan yang luas," katanya.
Beliau sebelum itu melakukan tinjauan di kawasan Ops Murni di Sungai Durian, Kuala Krai yang turut dihadiri Panglima 8 Briged Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah.

Mengulas mengenai 13 anggota tentera yang hilang ketika menjalani
latihan asas komando di Pulau Upeh, Melaka, Zulkifeli berkata kesemua
mereka telah ditemui selamat pada pukul 1 pagi tadi selepas bot jenis
Assault yang digunakan, dipukul ribut sebelum tersadai di Pantai Kundur.
"Latihan tersebut mengikut garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dengan kesemua anggota memakai jaket keselamatan, manakala jurulatih turut dilengkapi dengan alat telekomunikasi.
"Bagaimanapun, berikutan ribut yang terlalu kuat, mereka gagal menghubungi rakan-rakan lain kerana komunikasi terganggu dan tersadai di pantai tersebut sebelum ditemui anggota yang menjalankan operasi menyelamat," katanya. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment