Perkasa ganti UMNO ertinya UMNO sudah gagal jaga melayu, Tengku Razali bubar s 46 kerana perpaduan melayu, akhirnya melayu tidak juga terjaga, apabila Tengku Razali bersetuju hadhir di majlis mesyuarat agong Perkasa ,maka itu pertanda dia sudah tidak lagi percaya bahawa UMNO sudah tidak lagi sesuai jaga melayu, namun jika harapkan hanya perkasa sahaja jaga melayu untuk gantikan UMNO rasanya Perkasa juga akan gagal melainkan jika UMNO atau PERKASA tukar dasarnya kepada islam, barulah Allah dapat bantu jika tidak maka melayu akan jadi layu dan perkasa akan jadi pekasam - Pak Karamu
Ku Li ke majlis Perkasa untuk suarakan pendapat
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini,
menjelaskan bahawa persetujuan beliau menghadiri Mesyuarat Agung Perkasa
hari ini adalah hanya bertujuan untuk menyuarakan pendapat dan
pemikiran beliau sahaja.
Jelas beliau kesediaannya untuk hadir di majlis tersebut, telah
mendapat liputan yang bercampur baur, kerana banyak yang menganggap
bahawa kredibiliti dan integriti beliau akan tergugat dan tercalar
kerana didasarkan kepada persepsi Perkasa yang dianggap sebagai sebuah
NGO yang yang ultra, radikal, rasis manakala beliau dilihat sebagai
veteran yang kontemporari, liberal dan mempunyai pemikiran yang amat
bertentangan dengan pendirian Perkasa.
“Dua tiga hari yang lepas, saya difahamkan bahawa kesediaan saya untuk
hadir di majlis hari ini, telah mendapat liputan yang bercampur baur.
Banyak yang menganggap bahawa kredibiliti dan integriti saya akan
tergugat dan tercalar apabila saya hadir di majlis ini.
“Tanggapan ini adalah didasarkan kepada persepsi Perkasa dalam konotasi
negatif sementara saya dilihat sebagai seorang veteran yang
kontemporari, liberal dan mempunyai pemikiran yang amat bertentangan
dengan pendirian Perkasa.
“…apa pun saya penuhi jemputan ini tanpa prejudis kerana saya
bertanggungjawab untuk menyuarakan pendapat dan pemikiran saya kepada
kumpulan apa dan di mana sekalipun kerana tujuan dan impian saya jelas,
iaitu menyumbang kepada kesejahteraan, kelangsungan, dan kejayaan
Malaysia yang kita semua kasihi dan harmonis ini,” katanya yang dipetik
menerusi kenyataan medianya hari ini.
Dalam pada itu, Ku Li turut menyeru kepada anggota Perkasa supaya
mengetahui dengan jelas dan faham benar rasional dan tujuan penubuhan
serta keberadaan mereka dalam Perkasa.
“Perkasa hari ini sudah mempunyai ramai anggota dan saya berharap agar
setiap anggotanya mengetahui dengan jelas dan faham benar rasional dan
tujuan penubuhan serta keberadaannya.
“ini sangat penting supaya setiap anggota jelas dengan sebarang
tindakan yang dibuat yang harus mempunyai dasar serta asas yang kukuh.
“…kita tidak mahu oleh kerana tindakan segelintir anggota yang tidak
menepati aspirasi ini akan merosakkan imej keseluruhan pertubuhan,”
tegasnya.
Beliau menyampaikan ucapan sebagai jemputan khas ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa hari ini.


0 orang berkata:
Post a Comment