Saturday, December 7, 2013
Azab, Tapi Ramai Yang Tak Serik-Serik!
Azab 104 rotan
Oleh Yusmizal Dolah Aling
Lagi berita berkaitan: ‘Saya terima suami seadanya’
Oleh Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur:
“Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama
kemudian sebatan pertama singgah di punggung.
“Ketika itu
saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah
yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”
Itu kata
seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang
meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan
sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.
Dia yang pernah
berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai
dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling
banyak menerima hukuman sebat.
BADAN Botak Chop penuh bertatu
Akibat 39
kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop
dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan
bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.
0 orang berkata:
Post a Comment