Selasa, 17 Disember 2013
Terkagum: Mat Sabu perlu tampil nafi 10 bukti - Ulama Muda Umno
SHAH ALAM – Exco Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya tidak bermaksud
menggesa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengemukakan bukti, tetapi
tampil menafikan 10 bukti yang mengaitkannya dengan Syiah.
Menurutnya, pemimpin yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah sepatutnya ada pendirian jelas supaya tidak dilemparkan dengan pandangan negatif.
“Kalau nak bebaskan diri daripada semua tuduhan itu, beliau perlu bezakan pendiriannya dengan pendirian Syiah. Tetapi mana pendirian beliau tentang Syiah selama ini?
“Saya tidak maksudkan beliau perlu kemukakan bukti, Apa yang saya sebutkan (ialah beliau) perlu menafikan kerana sekarang ni banyak petunjuk dirinya ke arah Syiah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Fathul Bari turut menyokong Mohamad berdiskusi dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tentang isu itu secara ilmiah, sekali gus menafikan bukti-bukti disabitkan ke atasnya.
“Ini perlu dilakukan kerana telah banyak tuduhan dilemparkan kepadanya. Orang asyik tanya, tapi beliau tidak mahu jawab. Ini memberi gambaran tidak baik kepadanya,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment