Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TANDA UMNO SEMAKIN TERDESAK

INILAH AKHIR MUSIBAH YANG AKAN DIHADAPI OLEH JAHID, DIA AKAN MEMPERTAHANKAN ISU INI DIMAHKAMAH BERSEORANGAN KERANA MAT SABU AKAN MEMBUAT ADUAN HANYA DENGAN PENCETUS SAHAJA, ITULAH KEBAIKAN MAT SABU, PADA HAL DIA BOLEH SAMAN KDN SEKALI,

SEMASA JAHID MEMBUAT TUDUHAN ITU BUKAN MAIN LAGI AHLI PERWAKILAN BERSORAK SORAI GEMURUH TANDA BERSETUJU DENGAN KENYATAAN JAHID, SEOLAH-OLAH DENGAN ISU ITU PARTI PAS AKAN MENJADI HANCUR DAN DIPULAUKAN OLEH RAKYAT, NAMUN IA BERLAKU DISEBALIKNYA

APAKAH ISU SYI'AH JAHID INI AKAN MEMAKAN DIRINYA ATAU ORANG AKAN KATA MENTERI UMNO DILIHAT SEBAGAI GILA BASA DANB ERPOLITIK  CETEK LAGI PANDIR ? INILAH STANDARD POLITIK DIDALAM UMNO, DALAM MASA YANG SAMA GOLONGAN MUDA DALAM UMNO KELIHATAN LEBIH CERDIK DAN FAHAM BERPOLITIK, Pak Karamu

 Rabu, 18 Disember 2013

Bekas menteri Umno dakwa isu Syiah dikendali cara pandir, politik cetek

Bekas Menteri Penerangan melahirkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan cara isu Syiah dikendalikan di negara ini dan menyifatkan ia hanya permainan politik yang semakin cetek dan pandir sahaja. 

Tan Sri Zainuddin Maidin dalam tulisannya di Sinar Harian berkata, setelah gempar seluruh negara bagaikan langit hendak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan bertanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas.

"Orang itu serah pada orang ini, orang ini serah pada orang itu," tulis bekas Ketua Pengarang Utusan yang lebih dikenali sebagai Zam itu.

Maka, katanya, kredibiliti kerajaan Barisan Nasional dan Umno semakin terhakis.

"Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini," katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mempunyai 10 bukti mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) sebagai  Syiah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk tindakan selanjutnya.

Jakim pula melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka  ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar KDN, jika mempunyai bukti yang kukuh, bertindak dan hadapkan Mohamad ke mahkamah supaya dia dapat membela diri.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan orang nombor dua PAS adalah Syiah dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2013.

Semalam, Mohamad mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid.
Zam berkata, tindakan menendang ke sana sini untuk diambil tindakan menyebabkan rakyat akan tinggal dalam keraguan.

"Lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu  sama ada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak," katanya.

Beliau berkata, di akhirnya rakyat akan melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir orang yang mengamalkan ajaran seperti Ajaran Harun.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.