Monday, December 16, 2013
Pasal Syiah: Mai baca apa kata Sheikh Anwar Ibrahim, pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
SUBANG JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
semalam mempersoalkan mengapa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang
dituduh mengamalkan fahaman Syiah dibebankan untuk membuktikan
sebaliknya.
Menurutnya, beban memberi bukti dalam pendakwaan di tangan pihak yang mendakwa dan bukannya orang yang didakwa.
“Dalam Islam sendiri, pihak yang menuduh harus menampilkan bukti, baru yang dituduh harus membela diri.
“Jika sudah kumpul bukti kalau sudah sah buktinya terus saja dakwa.
Kenapa perlu berdolak dalih dan orang tertuduh pula kena kemukakan
bukti. Sistem apa ini? ” katanya kepada wartawan selepas melancarkan
buku “Jiwa Merdeka” di Subang Jaya.
Anwar turut mempersoalkan bukti kelas A dan B yang dimaksudkan oleh KDN
dalam mengklasifikasikan bukti yang dikumpul mereka yang mengaitkan
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dengan fahaman Syiah.
“Kalau betul Mat Sabu bersalah maka dakwa saja, ini tiba -tiba timbul
pula siasatan gred A, gred B. Bulan lepas tak pernah dengar pun gred A.
“Kerana itu saya katakan kalau ada gred A, gred B maka sila jelaskan.
Ini bukan soal Mat Sabu, ini tindakan sembrono yang menganiayai orang,”
tegas beliau.
Anwar berkata demikian mengulas berita akhbar Utusan Malaysia, yang
mengesahkan KDN memiliki bukti eksklusif ‘gred A’ berupa pengakuan lebih
20 individu terdekat dan rapat dengan Mat Sabu yang didakwa mampu
‘menceritakan’ kecenderungan beliau dengan fahaman Syiah.
Tambah Anwar lagi, beliau sendiri pernah melawat tokoh Syiah
Ayatollah Khomeini pada awal tahun 1980 atas kapasitinya selaku
Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk berbincang cara
untuk mengatasi konflik diantara golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)
dan Syiah.
“Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
“Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah,”
soal beliau, sambil menambah bahawa Mat Sabu sendiri tidak pernah
berjumpa dengan Khomeini.
Dalam masa yang sama, Anwar turut mengingatkan Jabatan Kemajuan Agama
Islam (Jakim) untuk tidak menjadi alat dan boneka kepada kerajaan dan
memberi ruang kepada Mat Sabu untuk membela dirinya.
Jumaat lalu, Pegawai Agama KDN Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mat
Sabu perlu tampil memberi bukti bahawa beliau tidak mengamalkan fahaman
Syiah ekoran pendedahan oleh kementerian tersebut Khamis lepas.
“Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab
secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada
secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat
khabar,” kata Dr Zamihan yang dipetik dalam akhbar tempatan.
2 orang berkata:
nike air max
moncler online
canada goose jackets
cheap oakley sunglasses
coach outlet store online
true religion jeans
polo ralph lauren
kate spade sale
ralph lauren uk
hugo boss suits
hogan outlet online
moncler outlet
vans shoes
patriots jersey
converse outlet
yeezy 700
nike air force
birkin bag
nike running shoes
Post a Comment