Tuesday, December 17, 2013
Leceh la orang pompuan ni.. tak naik.. merajuk.. dah naik.. bising pulak. Nyampah aku !
Leceh la orang pompuan ni.. tak naik, merajuk.. dah naik, bising pulak.
Ada perkara ramai suka naik...Orang politik > suka naik pentas, membebel.
Orang bercinta > suka cepat naik pelamin.
Orang bekerja > suka selalu naik gaji
Orang ngantuk > awal malam dah naik katil
Orang perempuan > memang suka 'barang' naik
Tapi kali ni.. ramai marah bila naik... asyik nak naik je... nyampah aku.. !!
Kenyataan Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa "pengguna boleh jalan biasa jika mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi" terus memperlihatkan tahap pemikiran sebenar menteri-menteri Barisan Nasional.
Abdul Wahid selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan
kenyataan itu semalam dipercayai sebagai menjawab rungutan dan keluhan
rakyat berikutan pengumumannya sebelum ini bahawa kenaikan tol tahun
hadapan tidak dapat dielakkan kerana terkandung dalam perjanjian dengan
syarikat konsesi.
Alasan itu sekaligus mengundang kritikan rakyat terbanyak yang melihatnya satu cara mudah untuk kerajaan melepaskan beban, berdepan bantahan rakyat.
"Formula bernas Menteri Umno utk rakyat Malaysia. Jika rakyat tak setuju harga tol naik sila guna jalan biasa yg takda tol.
"Jika rakyat tak setuju harga gula naik tolong kurangkan gula dalam minuman banyakkan manis dalam senyuman. Jika tak setuju harga ayam naik, cuba biasakan makan daging pula jangan asyik nak makan ayam je.
"Mudah ja formula nak selesaikan masalah rakyat bagi menteri2 Umno," tulis Hafeez Sabri yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Perak di Facebook.
"Nak tggu menteri jawab 'tak setuju dgn kerajaan, jgn undi BN lagi...," kata seorang lagi pengguna Facebook Zamri Abdul Rahman.
Alasan sebegitu bukan pertama kali keluar dari mulut menteri BN, malah trend serupa sebelum ini sudah beberapa kali diucapkan mereka.
Pada Mei lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan sistem pilihan raya sedia ada boleh keluar dari Malaysia dan berpindak ke negara lain.
Kenyataan itu disokong pula Datuk Seri Noh Omar yang menambah individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".
Selepas itu pada julai, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek berkata, orang ramai boleh 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging.
Alasan itu sebagai jawapan kepada bantahan rakyat ekoran kenaikan harga ayam yang melambung.
Kemudian pada Oktober pula, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata rakyat dinasihatkan jangan makan gula untuk hidup lebih lama.
Alasan itu pula diberikan sebagai menjawab kemarahan rakyat ekoran kenaikan harga gula sebanyak 34 sen daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 sebelum ini.
Dalam pada itu, Anggota Majlis Tertinggi Umno yang baru dilantik, Dr Asyraf Wajdi Dasuki turut membidas kenyataan Abdul Wahid yang disifatkan sebagai 'kenyataan dangkal'.
"Pimpinan mesti hentikan mengeluarkan kenyataan dangkal yang hanya menambah kemarahan rakyat. Sebaliknya rungkailah formula terbaik bagi menangani bebanan yang bakal ditanggung rakyat akibat pelbagai kenaikan hampir serentak yg beri kesan pada kenaikan kos sara hidup.
"Di mana Makmal Kajian Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang pernah diumumkan PM satu ketika dahulu," soalnya sambil berharap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dapat membawa rintihan rakyat ke mesyuarat kabinet Rabu ini.
Bebelan Kerajaan Rakyat
0 orang berkata:
Post a Comment