UMNO MANA BERANI TEGOQ, YANG DEME BERANI HANYA SURUH PR CAKAP PUK, PEK, PUK, PEK, KEMUDIAN BARU LA DEME PUAS HATI, JADIK ? PR JADI BUDAK SURUHAN UMNO JEW ! - Pak Karamu
Isnin, 9 Disember 2013
Khalid : Lebih baik Najib buang semua menteri, ganti dengan Rosmah
SHAH ALAM 9 DIS : Tindakan pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung jasanya
seolah-olah mempersetujui Rosmah untuk terus mendapat ‘lesen besar’
untuk menggunakan duit atau kemudahan kerajaan dengan skala yang lebih
besar.
Pujian terbabit juga dilihat sebagai menangkis kecaman kepada Rosmah yang menggunakan jet eksekutif ke Qatar, baru-baru ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata seharusnya pemimpin atau ahli Umno boleh bertindak menegur tindakan Rosmah itu dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) minggu lalu.
Namun, katanya, sudah menjadi amalan dalam ahli Umno yang bersifat ‘mengampu’ seterusnya mengiyakan perkara yang berlaku.
“Itu yang menjadi masalah dalam Umno ini semua pengampu, walaupun sudah jelas isu itu tetapi masih lagi mahu sokong, dalam PAU sepatutnya beliau (Rosmah) ditegur tapi semua hanya mengiyakan sahaja, ini menjadi masalah kalau ada pemimpin begitu dan pengikut pun begitu.
“Tidak salah jika mereka menegur tetapi bagi saya budaya ini akan berterusan dan jika harapkan teguran pembetulan dilakukan ia tidak akan berlaku kerana budaya politik dalam Umno memang tidak akan berlaku,” katanya ketika di hubungi Selangor Kini, di sini.
0 orang berkata:
Post a Comment