Bukti ikut gred: KDN macam meniaga 'teloq'
SHAH ALAM - Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bukti
yang didedah Khamis lalu bersabit dakwaan kononnya Mohamad Sabu ahli
Syiah hanya bukti gred B, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar
menganggap kementerian itu umpama berniaga telur.
Menurut Mahfuz yang dipetik dari laman mikro Twitter miliknya, kenyataan menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan istilah gred, tidak ubah seperti berniaga telur kerana lazimnya ia digunakan dalam perniagaan itu.
"Syiah. KDN miliki bukti gred A. Macam berniaga teloq (telur) ayam. Ada macam-macam gred," ujar Mahfuz.
Ahmad Zahid hari ini berkata, tindakan selanjutnya berkaitan isu Syiah ini bukan lagi di bawah bidang kuasa kementeriannya sebaliknya ia sudah memasuki peringkat penguatkuasaan.
Khamis lalu, 10 bukti dikemukakan KDN bagi mengaitkan Mohamad atau Mat Sabu dengan Syiah kepada umum.
Bukti itu yang dikatakan hanya gred B dan selebihnya yang disifatkan sebagai gred A akan pun diserahkan kepada pihak berkuasa agama.
Mahfuz, ahli Parlimen Pokok Sena yang terkenal dengan sikap suka berseloroh itu turut menulis dalam Twitternya, "KDN tak dak (tidak ada) gred".

0 orang berkata:
Post a Comment