Jawatan kabinet: Speaker MCA tolak usul
-
- Para perwakilan pada Majlis Penutupan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60 di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Speaker MCA Datuk Yik Phooi Hong hari ini menolak usul
yang cuba dibawa beberapa perwakilan ke Perhimpunan Agung MCA untuk
membangkitkan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam
kerajaan.
Yik menolak usul yang dikemukakan antaranya oleh Tan Sri Lee Kim Yew,
perwakilan dari Parit Sulong, untuk membentangkan usul itu dengan alasan
ia tidak mematuhi artikel mesyuarat yang ditetapkan perlembagaan parti
itu.
Artikel mesyuarat 37.3 perlembagaan parti menggariskan sesuatu usul
yang telah diputuskan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM)
memerlukan kehadiran 100 peratus atau 2,385 perwakilan pada perhimpunan
itu.
"Bagaimanapun, hanya 1,258 perwakilan atau kira-kira 55 peratus yang
hadir hari ini. Ini tidak mencukupi syarat peraturan mesyuarat untuk
membahas usul ini," katanya pada perhimpunan Agung MCA ke-60 di Wisma
MCA hari ini.
Sehubungan itu, Yik berkata resolusi itu hanya boleh dibahas semula dalam EGM baharu. - Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment