• Najib Tun Razak Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Malaysia mampu menyediakan sistem pendidikan terbaik untuk semua pihak dengan kerjasama ibu bapa, golongan pendidik serta pelajar sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyifatkan isu pendidikan sebagai amat dekat di hatinya, beliau turut mengakui bahawa pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memperkasa sistem pendidikan negara.
  
"Kita hanya akan berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang melalui sistem pendidikan yang syumul. Justeru, saya menyokong usaha pembangunan pendidikan seperti yang diolah dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara.
  
"...ia merangkumi aspek pembangunan modal insan secara inklusif, serta dapat merapatkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar," katanya dalam entri terbaharu Facebook beliau hari ini.  - Bernama