Zon bencana di Thai
BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand semalam, mengisytiharkan 65 wilayah sebagai zon bencana selepas suhu jatuh mendadak.
Di wilayah Nakhon Phanom, suhu mencecah serendah 1 darjah Celsius hingga 14 darjah Celsius sejak tiga hari lalu.
Gabenor Adisak Thepart berkata, pihaknya kini sedang giat mengedarkan selimut dan membekalkan pakaian tebal untuk penduduk di pendalaman.
“Sebanyak 10 daripada 12 daerah diisytiharkan sebagai zon bencana manakala 100,000 penduduk sedang menanti bantuan bekalan baju dan selimut.
Selain itu, wilayah Maha Sarakham di timur laut juga dilanda cuaca sama sehingga 200,000 penduduk terjejas.
Media melaporkan, di puncak gunung Doi Inthanon di Chiang Mai terdapat embun beku terbentuk.
“Kawasan itu mencatatkan -1 darjah Celsius, manakala suhu keseluruhan di kawasan itu sekitar 6 dan 8 darjah Celsius,” menurut laporan berkenaan.
Pada 1955, difahamkan, Thailand pernah mengalami salji hingga menjejaskan ribuan penduduk.
Dalam perkembangan berasingan, ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan terus meningkatkan protes dalam usaha mendesak Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletak jawatan dan menolak reformasi pilihan raya.
Ketua pembangkang Suthep Thaugsuban berkata, protes dilakukan hingga Ahad ini.
Sementara itu, pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Diraja Komander Thanasak Patimaprakorn menyatakan sokongan penuh dalam memastikan pilihan raya berjalan lancar.
“Kami sedia menggerakkan 420,000 anggota dengan 60 peratus anggota bersenjata,” katanya kepada Bangkok Post.

0 orang berkata:
Post a Comment