Thursday, December 19, 2013
Bukan saja tampal pelekat TG Nik Aziz salah di UiTM.. Gambar Ustaz Azhar Idrus pun salah?
Ingatkan bila hampir pilihanraya saja, macai-macai walau dimana berada takut kepada bayang-bayang TG Nik Azizi.. selepas pilihanraya pun sama..
Di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak seorang pelajar telah didenda kerana melekatkan sticker gambar TG Nik Aziz pada keretanya..
Apa punya undang-undang ni? Sejak bila melekatkan gambar TG Nik Aziz pada cermin kereta menjadi satu kesalahan?
Kalau gambar Rosmah.. mungkin tak jadi kesalahan agaknya...
Pelajar UiTM Didenda, Letak Kenderaan Di Kawasan Larangan &Tampal Pelekat Nik Aziz
PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti itu kerana meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal pelekat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kenderaannya.
Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis.
Kebanyakan pengguna laman sosial itu, mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti kerana menyekat kebebasan pelajar untuk berpolitik.
Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'.
Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak.
Menurut sumber, satu risalah dikatakan telah diedarkan sebelum itu yang melarang pelajar universiti tersebut membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.
Pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang komen ~ mStar
Kalau kerana UiTM melarang pelajarnya membawa fahaman politik kepartian (selain UMNO) kedalam kampus dijadikan alasan sebab pelajar itu disaman..
Apahal pulak kenderaan yang ada gambar Ustaz Azhar Idrus juga turut disaman?..
UAI ni ahli parti politik mana?.. setahu aku UAI ni bukan ahli mana-mana parti politik..
“Saya bukan ahli PAS. Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli PAS. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik,” Kata UAI suatu ketika dulu..
Aku yakin yang keluarkan saman tu mesti macai tegar UMNO..
0 orang berkata:
Post a Comment