07 Februari, 2014
Pilihanraya Sarawak Diadakan Lebih Awal
Spekulasi pengunduran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud
kini beralih kepada kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sarawak lebih awal daripada tempoh penggal tamat pada April 2016, lapor
sebuah akhbar berbahasa Melayu.
Ini berikutan satu taklimat mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri
Sarawak ke-11 oleh pasukan keselamatan termasuk polis akan diadakan di
Pejabat Ketua Menteri, di Kuching pada Isnin depan.
Akhbar itu turut melaporkan, media di Sarawak semalam
menerima jemputan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui e-mel bagi
membuat liputan majlis pada jam 10.30 pagi yang akan dihadiri Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun KDN kemudian menghantar ralat dengan tidak memasukkan
liputan media bagi taklimat tersebut tetapi mengekalkan dua acara Ahmad
Zahid iaitu lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada
jam 2 petang dan Ulang Tahun Rela ke-42 peringkat negeri yang akan
berlangsung pada 4 petang, lapor Berita Harian.
Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada 16 April 2011, Barisan
Nasional (BN) berjaya menguasai 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
berbanding DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1) walaupun sentimen kebecian
terhadap Abdul Taib dikatakan meluas kerana terlalu lama di tampuk
kuasa.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai Abdul Taib juga memenangi semua kerusi DUN yang ditandinginya.
Sejak Rabu, Abdul Taib tidak menghadiri dua majlis yang dijadualkan dan
semalam, ketua menteri veteran itu sekali lagi tidak menghadiri upacara
pemberian anugerah penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Kerajaan
Sarawak dan ini menguatkan lagi laporan media sebelum ini beliau akan
meletakkan jawatan bul



0 orang berkata:
Post a Comment