21/05/14
Rumah Tangga Bergolak, Peminat Minta Abby Abadi Sabar
PETALING
JAYA: Ramai peminat mendoakan agar rumah tangga pelakon Abby Abadi dan
suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang ketika ini dipercayai
sedang bergolak agar kembali pulih.
Kebanyakan mereka mengharapkan agar pelakon Gerak Khas itu tabah menghadapi ujian rumah tangga mereka dengan tenang.
“Sabar banyak-banyak. Kenang kembali
saat manis dan pahit bersama. Saya suka tengok akak dan husband.
Pedulikan apa yang orang lain cakap.
“Doa kami orang yang sayangkan akak
sentiasa untuk akak,” luah peminat yang menggunakan nama sue_maris
menersi akaun Instagram milik pelakon itu.
Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat
naik status bagaimana dia menguruskan nikah sehinggalah rumah tangga
mereka menghadapi ujian

“Doakanlah yang terbaik untuk yang terakhir kali,” luah Abby.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah
Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,
pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu
sehari sebelum menjelangnya Ramadan.
Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak.
Dalam pada itu ada juga peminat yang
menegur sikap Abby kerana meletakkan status berkias kerana perbuatannya
itu tidak semestinya disukai orang.
Peminat yang mengelarkan dirinya
jehanalfy menerusi Instagram pelakon itu menasihati Abby agar tidak
berbuat demikian dan menjadikan Allah sebagai tempat mengadu dan
bukannya menulis status di laman sosial.
“Ni belum apa-apa lagi dah kecoh. You kena ingat bukan semua orang suka you. Nanti orang gelakkan you balik,” luahnya.
Walaubagaimanapun kebanyakkan peminat meminta agar Abby bersabar dan mereka sedih mendengar perkhabaran buruk itu.
Dalam pada itu usaha mStar Online
menghubungi Abby tidak berjaya apabila individu yang mengangkat telefon
mendakwa dia bukanlah Abby walupun nombor berkenaan adalah milik pelakon
itu.
“Maaf… ni bukan Abby,” katanya.


0 orang berkata:
Post a Comment