Khalid tenang walau ketinggalan
-
Abdul
Khalid (kiri) bersama Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam
Sekitar, Elizabeth Wong dan Exco Pelaburan, Perindustrian dan
Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu dan Perindustrian Kilang Haram,
Ean Yong Hian Wah pada Program Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035
Bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Subang Jaya,
semalam.
SUBANG JAYA - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang
juga calon Timbalan Presiden PKR tidak terlalu memikirkan kedudukan
terkini pemilihan parti itu walaupun ketinggalan dengan pencabarnya,
Mohamed Azmin Ali.
Katanya, beliau tidak terlalu sangat mengikuti perkembangan itu kerana angka bila-bila masa boleh berubah.
"Siapa akan menang nanti... menanglah... tetapi terdapat kira-kira 30 cabang yang akan membuat pengundian pemilihan semula," katanya ketika menjawab isu kedudukan Azmin yang mendahuluinya setakat ini, semalam.
Undi pemilihan setakat 11 Mei mendapati Abdul Khalid memperoleh 8,123 undi, manakala Azmin mendahului dengan 12,250 undi dan turut jauh meninggalkan seorang lagi pencabar, Datuk Saifuddin Nasution Ismail iaitu 6,997 undi.
Dalam pada itu, kata Abdul Khalid, ada beberapa perkara berkaitan pentadbiran yang perlu dilakukan semula untuk memulihkan kepercayaan kepada ahli-ahli PKR sekali gus diberi kebebasan untuk membuat pengundian.
Katanya, parti masih dalam usaha menyelesaikan perkara itu dan proses pengendalian pemilihan akan diberi keutamaan kerana bimbang ada ahli akan buat protes.
"Protes tersebut boleh dilakukan kepada Pertubuhan Pendaftaran dan sekiranya pemilihan ini dilakukan dengan tidak betul maka ia boleh mengakibatkan satu pemilihan dibuat semula atau parti tidak disenaraikan dalam pendaftaran sepertimana berlaku kepada DAP," katanya.
Justeru itu katanya, parti perlu buat penilaian semula secara berperingkat bagi perbetulkan keadaan walaupun sedar perkara itu bukan mudah untuk dilaksanakan.
"PKR merupakan parti reformasi, jadi kita lakukan dengan cara ini. Tidak banyak parti yang mampu melakukan seperti PKR," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment