Adun DAP biadap, ahli Umno usah keterlaluan
ASTANA - KAZAKHSTAN. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini mengecam tindakan seorang wakil rakyat DAP yang mengeluarkan
kata-kata kesat dalam kritikannya terhadap pemimpin Umno dan menganggap
perbuatan itu sebagai biadab.
"Kita dalam sistem demokrasi, kita boleh mempunyai pendirian yang
berbeza, dan kita boleh mengeluarkan kritikan antara satu sama lain
tetapi kata-kata kesat, kata-kata yang hina ini tidak boleh dan tidak
patut dikeluarkan oleh mana-mana wakil rakyat ataupun pemimpin politik.
"Saya anggap ini sebagai suatu yang keterlaluan, sesuatu yang bersifat
biadab dan tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang bersikap
rasional dan waras," katanya kepada wartawan Malaysia ketika diminta
mengulas kenyataan oleh Adun Seri Delima, RSN Rayer baru-baru ini.
Rayer mengeluarkan kata-kata kesat itu kepada pemimpin Umno pada
persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Selasa lepas
sehingga menimbulkan kemarahan ahli Umno.
Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia mesti menunjukkan bahawa mereka menghormati amalan demokrasi yang sihat dan matang.
Najib, yang juga Presiden Umno bagaimanapun menasihatkan ahli Umno supaya tidak keterlaluan dalam tindakan balas mereka.
"Kita mesti menghormati undang-undang dan tata susila dalam negara
kita, jadi saya harap semua pihak akan mengambil apa-apa respons yang
sewajarnya dan tidaklah membuat sesuatu yang boleh menjejaskan imej
parti kita," katanya.
Najib berada di sini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Kazakhstan. - Bernama


1 orang berkata:
Haramjadah.....
Siapa yg kata ya???
Pegi jumpa besan Bang Jib?
Post a Comment