15/05/14
Ahmad Said mengaku dipujuk sertai PAS ketika jadi ADUN Bebas
KEMAMAN: Bekas menteri besar Terengganu,
Datuk Seri Ahmad Said mengakui didatangi oleh beberapa ahli PAS
memujuknya menyertai parti berkenaan dan ditolak dengan baik.
Menurutnya, beliau bersama Ghazali Taib
dan Roslee Daud adalah ahli UMNO yang setia dengan parti dan tidak akan
berpaling tadah walapun ada pihak menuduhnya sebagai pengkhianat.
“Soal pengkhianat tak timbul. Ini soal perjuangan. Kerana saya sayangkan UMNO, saya kembali semula,” ujarnya.
Sebelum ini tiga ADUN Barisan Nasional
(BN) bertindak keluar daripada UMNO untuk menjadi wakil rakyat bebas
sejurus selepas pelantikan Ahmad Razif sebagai menteri besar yang
baharu.
Tiga ADUN berkenaan ialah bekas menteri
besar Datuk Seri Ahmad Said (ADUN Kijal), Ghazali Taib (ADUN Ajil) dan
Roslee Daud (ADUN Bukit Besi) sehingga berlaku pergolakan politik
seketika di negeri itu.
Namun kekusutan akhirnya terlerai dengan
kebijaksanaan presiden serta pemimpin UMNO apabila ketiga-tiga pemimpin
berkenaan mengesahkan kembali kepada UMNO.
“Saya dah bercakap dengan PM (perdana
menteri). Saya ucapkan terima kasih atas persefahaman kami berdua dan
saya harap kita terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib. Kita
akan terus berusaha mengekal Terengganu di bawah pemerintahan BN,”
tambah beliau.
Menurutnya, perjuangan akan diteruskan untuk berbakti kepada UMNO yang disertainya secara aktif sejak berusia 19 tahun.
Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau
bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan memberi sokongan
penuh kepada menteri besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif
Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian pada sidang
media pertama selepas meletakkan jawatan sebagai menteri besar
Terengganu di kediamannya di Kemaman.


1 orang berkata:
marc jacobs outlet
tiffany and co
coach outlet clearance
louis vuitton outlet
north face jackets
timberland boots
canada goose outlet
nike roshe run
hollister uk
fitflops sale
20161125lck
Post a Comment