Ahad, 25 Mei 2014
PRK Teluk Intan: Mah kecam gambar palsu bikini diedar di masjid dan kampung melayu...
Calon BN untuk pilihan raya kecil Teluk
Intan, Datuk Mah Siew Keong menyahut seruan untuk mengecam penyebaran
gambar palsu Dyana Sofya Mohd Daud berbikini di masjid, seperti didakwa
DAP petang semalam.
Menurutnya, BN tidak akan berkempen dengan cara sedemikian rupa kerana
beliau sendiri sejak awal lagi sudah berikrar untuk berkempen secara
bersih.
"Kita BN tak buat ini, di Internet pun banyak gambar saya dibuat
begini," katanya merujuk kepada gambar beliau yang sebelum ini turut
didakwa menjadi mangsa ubah suai dan disebarkan di Internet.
Beliau seterusnya mengajak calon Dyana agar turut sama mengecam serangan
dan contengan cat warna hitam ke atas poster-posternya sebelum ini.
"Saya turut kecam (tindakan sebar gambar palsu Dyana) dan dia juga perlu kecam (poster saya yang diconteng).
"Yang serang poster-poster saya, awak lihatlah (poster-poster) berhampiran pasar dengan cat hitam, ini juga salah.
"Saya juga tidak setuju gambar saya diperlakukan begini," katanya.
Beliau ditemui selepas berkempen pada majlis anjuran Kongres India
Muslim Malaysia (Kimma) di Taman Melor, Teluk Intan, malam semalam.


0 orang berkata:
Post a Comment