Friday, May 16, 2014
Din Ayam-Nizar: Siapa Yang "very stupid"?
Nampaknya kontraversi melibatkan menantu Hadi tak surut sedari PRU dan pemilihan PAS sehinggalah sekarang
Dah terang-terang tulis tapi tak ngaku?
Korang Nilailah sendiri tahap pemikiran dan pimpinan mereka berdua
Kemelut Umno di
Terengganu mungkin sudah selesai, bagaimanapun kini giliran PAS pula
terjebak selepas kritikan "very stupid" menantu Presiden PAS, Zaharudin
Muhammad (gambar) kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin.
Dah terang-terang tulis tapi tak ngaku?
Korang Nilailah sendiri tahap pemikiran dan pimpinan mereka berdua
PAS ‘bergelora’, menantu Hadi gelar Nizar ‘sangat bodoh’ dalam krisis Umno Terengganu
Komen
Zaharuddin Muhammad terhadap status laman Facebook Datuk Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin yang mencetuskan kontroversi. - Gambar Facebook.
Menantu Datuk
Seri Abdul Hadi Awang itu menulis komen melalui laman sosial Facebook
dengan menyelitkan bersama-sama artikel komen Nizar di satu portal
berita.
Nizar dalam
artikel tersebut menyeru pimpinan PAS berhati-hati dengan Barisan
Nasional (BN) semasa krisis Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu
baru-baru ini.
"Dia kata
kenyataan 'very stupid' itu tidak semestinya ditujukan kepada Datuk Seri
Nizar. Kalau bukan kepada saya, tidak tahu kepada siapa dia tujukan,"
katanya kepada The Malaysian Insider."Menantu Hadi (Zaharuddin)
menafikan, sebab dia kata bukan tujukan kepada saya.
Nizar meminta Zaharuddin supaya menjelaskan kenyataan tersebut dan bukan hanya menafikan sahaja.
"Kalau dia kata tidak tujukan kepada saya, saya pun tidak tahu nak kata ditujukan kepada siapa.
"Tanya dia, apa niat dia," soal beliau.
Nizar kemudian berkata, kenyataan Zaharuddin yang juga salah seorang Exco Pemuda PAS mencerminkan imejnya yang sebenar.
"Sekarang ini,
dia mencemarkan dirinya, ahli Majlis Syura dan AJK parti sendiri. Mana
boleh kita beritahu kepada rakan-rakan macam itu," kata Nizar.
Nizar juga mempertahankan haknya untuk menasihati kepimpinan PAS di Terengganu.
"Saya berhak sebagai bekas menteri besar yang pernah mengalami peristiwa sedemikian," kata Nizar lagi.
Zaharudin
sebelum ini semasa pemilihan PAS tahun lepas juga mencetuskan
kontroversi, didakwa memainkan peranan besar dalam gerakan untuk
menyingkirkan golongan profesional yang digelar "Erdogan" dalam PAS.
Nama tersebut diambil sempena nama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Menurut Nizar,
nasihat tersebut bertujuan untuk mengelakkan krisis pada 2009 berulang
di mana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak tumbang susulan tindakan
beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lompat parti.
Baru-baru ini,
episod di Perak berulang apabila tiga Adun di Terengganu dikepalai bekas
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar parti dan
mengumumkan menjadi wakil Bebas.
Terdapat khabar
angin mengatakan akan ada usaha mewujudkan kerajaan campuran di
Terengganu, tetapi perkara tersebut dinafikan oleh PAS Terengganu.
Nizar menggesa agar pemimpin negeri Terengganu supaya berhati-hati.
Bagaimanapun situasi tersebut berubah apabila ketiga-tiga Adun tersebut kembali ke pangkuan Umno.
"Sebab pengalaman masa di Perak, Umno buat macam itu dahulu, bila tersepit mereka cari kawan lain.
"Jadi pengalaman itu saya cuba sampaikan supaya tidak termakan," kata Nizar.
Dalam pada itu,
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat juga senada dengan
Nizar, menyifatkan Umno dan BN sebagai tidak boleh dipercayai.
"Kita sedia maklum sejarah panjang PAS dan Umno.
"Kekalahan pada 2004 pun BN menang dengan tidak adil," kata Satiful kepada The Malaysian Insider.
Satiful berkata
PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno atau BN, bahkan
mengganggap Ahmad sebagai tidak berkredibiliti serta "flip-flop".
"Mereka tidak pernah berubah dengan sikap diskriminasi dan tidak adil.
"Umno tidak
pernah menunjukkan keikhlasan sikap, jadi macam mana nak perintah
bersama...Ahmad Said ini kita pun tahu dia flip flop," katanya.
Satiful juga
mengungkit kembali layanan yang diberikan oleh Ahmad kepada PAS
sepanjang memerintah Terengganu dan berkata mustahil untuk bekerja
dengan individu berperwatakan sedemikian.
Di Terengganu,
BN memiliki 17 kerusi DUN manakala PR pula 15 daripada 32 kerusi
keseluruhan, sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya salah seorang
daripada Adun Umno keluar parti menjadi wakil Bebas.
PAS juga
mengintai peluang untuk memerintah di Terengganu, malah awal-awal lagi
memberi isyarat akan mengusulkan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan
Negeri (DUN) jika kemelut politik dalaman Umno tidak berakhir. – 16
Mei, 2014. - MI
Posted by
mountdweller
2 orang berkata:
nak buek camno laie.. dah bapok mertua ayam ni PRESIDEN! Kobal. Kerajaang Perpaduang?
pandora jewelry
denver broncos jerseys
kate spade outlet
nike air huarache
fitflops sale
pandora jewelry
philadelphia eagles jerseys
michael kors outlet clearance
ralph lauren outlet
coach outlet
Post a Comment