JIKA KITA MAMPU SEBUT MEREKA YANG TERLIBAT DIDALAM KES PEMBUNUHAN DI MEMALI BERTAUBAT, MENGAPA KITA TIDAK BERANI MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP MEREKA ? JIKA KITA HANYA PANDAI BERCAKAP AKAN TETAPI TIDAK SANGGUP BERTINDAK MAKA LEBIH BAIK KITA JANGAN BERCAKAP, UNTUK APA KITA TERPEKIK TERLOLONG MENYATAKAN KES PEMBUNUHAN DI MEMALI ? BERMOTIFKAN APA ? PUAK-PUAK TU TAK PERLU TAUBAT, MEREKA HANYA PERLU DIHERET KEMUKA PENGADILAN, DAN PARTI MEREKA DIBUBAR - Pak Karamu
Sabtu, 24 Mei 2014
Pemimpin terlibat tragedi Memali perlu bertaubat - Presiden PAS

BALING: Para pemimpin yang terlibat dengan keputusan
menyerang Memali sehingga mengorbankan 14 nyawa, perlu bertaubat, kata
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Bercakap pada ceramah di Himpunan Keadilan Untukmu Memali di sini malam tadi, Presiden PAS itu menjelaskan, tindakan pihak berkuasa ketika itu jelas salah dan berlaku zalim.
Menurut beliau, Allah meletakkan membunuh adalah termasuk dosa besar, di mana walaupun membunuh satu nyawa dikira seperti membunuh manusia seluruhnya.
"Apa yang dibuat Umno dalam peristiwa memali ini jenis apa. Tidak syak lagi Ia satu peristiwa kezaliman.
"Bagi kita orang Islam, wajib pemimpin yang terlibat kena bertaubat. Yang masih duduk dalam Umno tinggal lah Umno," katanya dihadapan hampir 20,000 hadirin.
Ustaz Hadi menjelaskan, peristiwa berdarah yang berlaku hampir 29 tahun lalu itu adalah berpunca daripada ketegangan yang diwujudkan oleh kerajaan dan Umno itu sendiri.
Sehari sebelum kejadian katanya, Ustaz Yusof Rawa yang juga Presiden PAS ketika itu menghubungi beliau memaklumkan pihak polis mungkin akan datang meminta beliau memujuk Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan menyerah diri.
"PAS ketika itu membuat keputusan bukan Ustaz Ibrahim serah diri, tapi kerajaan mesti mengaku salah dan membatalkan keputusan untuk menahan beliau dan rakan-rakan di bawah ISA," ujarnya sambil mendakwa kemudian berlakulah serangan keesokannya yang menyebabkan 14 nyawa terkorban.
PAS juga ketika itu katanya turut berdepan dengan majlis fatwa kebangsaan yang memfatwakan Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya sebagai 'Shibghul Bughah'.
Sedangkan kata beliau, fatwa itu songsang dan tidak ada dalam kitab fekah.
Peristiwa Memali juga kata beliau, turut membabitkan nama beliau apabila dikatakan syuhada yang terlibat ini terpengaruh dengan apa yang disebut sebagai 'Amanat Haji Hadi'.
"Sehingga saya terpksa menulis sebuah buku menjawab tuduhan ini dan menerangkan apa makna jihad.
"Sehingga sekarang tidak ada pihak yang menjawab" katanya lagi.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, ramai pemimpin Umno termasuk menteri dan pegawai polis sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan itu.
"Ketika saya berceramah di Pulau Pinang selepas beberapa hari peristiwa Memali, tidak malu-malu seorang anggota polis datang ke hadapan memeluk dan memegang tangan saya mengatakan maaf, saya tidak bersalah, ketua memaksa saya," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment