Monday, 19 May 2014
Punca Mahathir Sibuk Dalam Misi Pencarain MH370 Terbongkar?
PETALING JAYA: Setelah 71 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370
yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal hilang, usaha menjejak
rangka pesawat tersebut masih belum berhasil.
Dalam masa itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak
henti-henti menggesa supaya misi pencarian pesawat MH370 dipergiat dan
menyeru agar semua pihak tidak menuding jari kepada MAS semata-mata.
Mahathir sering meluahkan hasrat dan harapannya
berkenaan kehilangan pesawat malang itu di laman blog miliknya iaitu
www.chedet.cc.
Namun perkara ini tidak dilakukan oleh seorang lagi mantan Perdana
Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) yang juga merupakan
Penasihat MAS yang telah dilantik pada 1 Mei 2009.
Terdapat dakwaan bahawa Pak Lah dipercayai telah berlepas ke Barcelona
14 Mei lalu menaiki pesawat Emirates Airlines bersama-sama isteri dan
rakan karibnya seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan dan
juga anaknya yang hanya dikenali sebagai Kamal.
“Tun Abdullah telah pergi ke Barcelona bergembira bersama rakan dan
keluarganya bagi menaiki kapal layar mewah,” kata seorang sumber yang
enggan namanya didedahkan.
Ujarnya lagi, perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan tumpuan
masyarakat dunia masih ke arah syarikat penerbangan yang sering
dilabelkan sebagai ‘anak emas’ dalam industri penerbangan negara.
Malah, orang ramai masih menanti pengumuman rasmi daripada pihak MAS berkenaan khabar gembira meng
enai pesawat MH370.
“Sepatutnya, penasihat MAS sendiri yang lebih peka dan prihatin terhadap
kehilangan pesawat MH370, dan bukannya mereka yang langsung tidak
memegang sebarang jawatan daripada pihak MAS,” tegasnya.
FMT difahamkan cuti Penasihat MAS itu ditanggung oleh kerajaan kecuali naik kapal mewah dibayar sendiri. ~fmt
0 orang berkata:
Post a Comment