Monday, May 19, 2014
UMNO Perlu Waras Dan Belajar Jadi Cerdik!
Itulah sebabnya orang-orang cerdik dan profesional tak masuk UMNO atau lari dari UMNO!
Pokoknya UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan
Umno - BN perlu kaji sebab Melayu profesional masuk DAP, kata wartawan veteran OLEH JAMILAH KAMARUDIN
MAY 19, 2014
Umno - BN perlu kaji sebab Melayu profesional masuk DAP, kata wartawan veteran OLEH JAMILAH KAMARUDIN
MAY 19, 2014
BN
perlu berhenti hentam Dyana Sofya Mohd Daud, kaji kenapa anak muda
terpelajar sertai DAP, kata Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail
Barisan
Nasional (BN) perlu mengkaji trend anak Melayu muda dan berpendidikan
tinggi menyertai parti DAP daripada terus menghentam calon Pakatan
Rakyat (PR) Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud,
kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press.
Datuk A Kadir
Jasin berkata, pemimpin BN sebaliknya perlu cermin diri dan menilai
semula punca anak muda Melayu kini semakin tertarik menyertai DAP.
"Ketika penulis
blog upahan dan tukang kempen BN sibuk menghabiskan masa memfitnah
Dyana, mereka sepatutnya memahami kenapa perkara sebegini boleh terjadi.
Kenapa Melayu terpelajar menyertai DAP?
Kadir tidak
menolak kemungkinan wujudnya faktor daya tarikan kuat yang menyebabkan
anak muda Melayu seperti Dyana yang mempunyai latar belakang keluarga
Umno berminat menyertai DAP secara aktif."Daripada menutup kelemahan
dengan menyalahkan orang lain, mereka perlu nilai semula diri mereka dan
tidak sepatutnya menghina rakyat," katanya dalam tulisan di blognya
hari ini.
"Sebelum ini
bekas menteri Umno menyatakan program latihan DAP menarik minat ramai
peserta Melayu muda dan kebanyakannya berpendidikan tinggi," katanya.
Beliau merujuk
kepada kenyataan Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Wanita,
Keluarga, dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
yang memperkecilkan Dyana kerana tidak menyedari dirinya dijadikan
boneka DAP semata-mata untuk berkuasa.
Dyana
bagaimanapun menyelar kenyataan Shahrizat dan mengaitkannya sebagai
contoh kegagalan Wanita Umno memartabatkan golongan wanita dalam
politik.
Dyana yang
menyertai DAP sejak 2011 menarik perhatian dunia politik tempatan
selepas dinamakan sebagai calon DAP bagi PRK Teluk Intan ekoran kematian
penyandang Seah Leong Peng pada 1 Mei kerana kanser.
Gadis berumur
27 tahun itu bakal menjadi wanita Melayu pertama memegang kerusi
Parlimen DAP jika menang dalam pilihan raya kecil ini.
"Memiliki raut wajah yang muda dan cantik mungkin memberi kelebihan pada Dyana.
"Tetapi pasti
ada sesuatu yang lebih daripada itu. Secara hakikatnya, pada saya
tarikan utama adalah beliau sebagai perempuan muda Melayu mewakili parti
pembangkang yang didominasi kaum Cina," katanya.
Wartawan
veteran itu turut memuji Gerakan kerana tidak gentar berdepan dengan DAP
di kerusi Teluk Intan, berbeza dengan tindakan MCA di Bukit Gelugor.
"Tahniah Gerakan kerana tidak lari daripada tanggungjawab dan tidak memalukan maruah sebagai parti komponen yang lama dalam BN.
"Encik Mah
(Siew Keong), saya puji keberanian kamu. Itulah anak jantan. Tidak
seperti MCA yang kuat merajuk, kamu tidak mengecewakan penyokong
sendiri," katanya merujuk kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.
Mah pernah
memenangi kerusi Teluk Intan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan
2004 naamun kalah dengan calon DAP, M Manogaran pada 2008 dengan beza
1,470 undi dan Seah pada 2008 dengan beza 7,313 undi. – 19 Mei, 2014.
0 orang berkata:
Post a Comment