MAZHAB DAP DAN MAZHAB PAS TENTUNYA BERLAINAN, WALAUPUN MEREKA TINGGAL DALAM SATU KANDANG, DAP TENTANG HUDUD PASAL PERLEMBAGAAN, PAS MAHUKAN HUDUD KERANA HUDUD SESUAI DENGAN PERJUANGAN DASAR PARTINYA. PAS JUGA MENGHARAPKAN PERLEMBAGAAN MENYEMBELAHINYA, JIKA ADA YANG MENENTANG JIKA HUDUD DIBAWA KE PARLIMEN MAKA ITU ADALAH DOSANYA KEPADA ALLAH. APA YANG PENTING JIKA USHA PAS TIDAK BERJAYA DI PARLIMEN MAKA ITU TIDAK MENGAPA. SEKURANG-KURANGNYA ALLAH S.W.T TAHU PAS SUDAH BERUSHA KEARAH UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH KEPADANYA SUDAH DILAKSANAKAN NAMUN TIDAK BERJAYA. MAKA ITU ADALAH TAKDIR DARIPADANYA, ANDAINYA DOSA ITU TERPAKSA MENERIMA MUSIBAH TAKDIR DARIPADANYA DI NEGARA INI MAKA KITA PIKULLAHBERSAMA - Pak Karamu
Hudud: Kenyataan Dyana tak jejas Pas
SHAH ALAM - Pas menyokong calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud untuk PRK Parlimen Teluk Intan berdasarkan persefahaman dalam PR.
Demikian reaksi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ketika diminta mengulas kenyataan Dyana yang menyatakan akan menentang bil mengenai hudud yang dibentang Pas di Parlimen nanti jika memenangi PRK itu.
Salahuddin berkata, Pas tidak boleh halang hak Dyana untuk mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada partinya meskipun ia bersifat penentangan terhadap apa yang diperjuangkan Pas.
"Ini bukan perkara baru. Merujuk pada DAP, sejak hari pertama kita kenal, mereka memang tidak pernah sokong hudud. Namun ini tidak menggugat pendirian Pas untuk terus bersama DAP dalam perkara-perkara yang diperjuangkan bersama, juga tidak akan menjejaskan usaha Pas untuk terus perjuangkan hudud.
"Dyana calon DAP, tentu dia sokong pendirian parti dia. Takkan dia buat kenyataan sokong Pas," katanya.
Dyana dalam temu bual bersama media semalam menyatakan, jika menang pilihan raya ini, beliau akan membantah rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan diusulkan Pas di Parlimen, yang jika diluluskan akan membolehkan undang-undang berasaskan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Menurut Dyana, pendiriannya itu sama dengan pendirian partinya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai kenyataannya itu, Dyana berkata, beliau bagaimanapun tidak menentang hudud secara keseluruhan, cuma beranggapan pelaksanaan undang-undang berteraskan Islam di Malaysia tidak sesuai buat masa ini selagi masalah berkaitan sosio ekonomi tidak diatasi.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata, hudud juga bukan isu besar dalam PRK Teluk Intan yang boleh menjejaskan sokongan kepada PR.
“Gerakan dan MCA juga menentang hudud. Tetapi hal itu biar mereka selesaikan sendiri.
“Bagi Pas, kita tidak ada masalah. Hudud tidak menggugat kerjasama kita dalam PR dan bukan isu besar dalam PRK ini,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment