Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERGI NEGARA ORANG TELANJANGKAN MORAL ORANG JUGA DILARANG OLEH AGAMA

Thursday, May 15, 2014

Mahathir Marah Anwar Beri Ceramah Agama Di Indonesia !!!!!

JAKARTA - INDONESIA. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ceramah mengenai tamadun dan nilai-nilai Islam di sebuah universiti di Indonesia, baru-baru ini.

Dr Mahathir berkata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mempunyai hak untuk menyampaikan kuli
ah agama kerana beliau sendiri berdepan dengan isu moral.

"Kalau nak cakap pasal Islam mesti praktik sekurang-kurangnya, tidak buat yang dilarang oleh agama.

"Saya hairan kerana diterima orang macam ini (Anwar) cakap pasal tajuk yang dia tiada hak sama sekali," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah Doktor Kehormat dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr Mahathir hairan dengan tindakan penganjur yang sanggup mengundang Anwar untuk memberi ceramah berkaitan agama.

Beliau berkata ramai dalam kalangan pemimpin yang bercakap mengenai Islam tetapi dari segi amalan dan cara hidup mereka berbeza dengan apa yang dituntut oleh agama.

Media Indonesia baru-baru ini, melaporkan Anwar diundang untuk menyampaikan ceramah eksekutif bertajuk 'Nilai-Nilai Islam dan Kebangkitan Semula Ummah Islam' di kampus Universiti Al-Azhar Indonesia. - Bernama

 

1 orang berkata:

Anonymous said...

Orang tua ni sendiri menunjukkan hati busuk kotornya. Dia sendiri menyokong anti hadis, memperlekehkan syariat islam, pelopor agung fitnah di nusantara, merompak khazanah negara untuk kepentingan diri dan bermacam lagi yg bersifat jijik. Jangan lupa, orang tua inilah yg bertanggung jawab dalam peristiwa pembunuhan Ibrahim Libya serta pengikutnya di Memali. Memang celaka sungguh Mahathir ini.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.