Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUAK YANG TAK FAHAM AGAMA MACAM UNTA


Sabtu, 24 Mei 2014

Tiada Jaminan Orang Melayu Akan Terbela Sepenuhnya Di bawah Umno

Seorang pemimpin Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee pernah mengatakan bahawa orang-orang Melayu tidak akan terbela masa depan mereka jika mereka terus menyokong Parti Keadlan Rakyat (PKR) dan parti-parti pembangkang yang lain.

Datuk Syed ali berkata demikian ekoran kenyataan awal Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang sebelum ini pernah menyebut PKR tidak mempunyai hak eksklusif untuk orang-orang Melayu.

Nampaknya kenyataan pemimpin PKR itu telah diputarbelitkan secara sengaja oleh Datuk Syed Ali semata-mata untuk mengelirukan orang-orang Melayu terhadap kedudukan dan peranan yang dimainkan oleh PKR, parti pembangkang kedua terbesar di dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang kini merangkumi PKR, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Persoalannya di sini adalah, adakah orang-orang Melayu akan terbela sepenuhnya di bawah pemerintahan Umno sekarang? Cubalah fikir denngan lebih teliti dan lihat di sekeliling.

Kenapa sehingga pada hari ini, ekuiti orang-orang Melayu masih gagal mencapai sasarannya sebanyak 30 peratus sedangkan Umnolah yang memerintah negara ini sejak beberapa dekad yang lalu. Di bawah Umno, terdapat pelbagai jenis dan bentuk bantuan-bantuan, skim-skim serta subsidi-subsidi yang membantu masyarakat Melayu dan kaum bumiputra yang lain.

Selain daripada itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sepatutnya tamat tempohnya pada tahun 1990an yang lalu telahpun dilanjutkan oleh Umno dengan alasan pencapaian orang-orang Melayu masih belum menepati sasarannya, didapati masih tidak membantu sejumlah besar orang-orang Melayu di dalam negara ini.

Ini dengan jelas menunjukkan terdapat ketidakseimbangan dan ketidakadilan di dalam pengagihan bantuan-bantuan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan di bawah DEB dan lain-lain bantuan yang khusus untuk orang-orang Melayu dan kaum bumiputra yang lain.
 
 Ke manakah agaknya semua bantuan-bantuan dan kemudahan yang sepatutnya disalurkan itu?

Kata Datuk Syed Ali lagi bahawa Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperalatkan orang-orang Melayu bagi faedah politik reformasinya serta demonstrasi jalanan tajaannya.

Sebenarnya, kita semua telahpun perhatikan selama ini bahawa, Umnolah yang telah memperalatkan orang-orang Melayu selama ini untuk memperkayakan diri mereka dan mempergunakan sokongan tersebut untuk memperkukuhkan kuasa dan kedudukan para pemimpin Umno.

Sementara semua pemimpin Umno yang menduduki takhta kekuasaan menikmati kekayaan dan kuasa mutlak, orang-orang Melayu di bawah "naungannya" terpaksa hidup di dalam serba kekurangan pada setiap hari.

Jika kita lihat daripada konteks yang lebih jelas dan luas, majoriti di kalangan masyarakat Melayu seluruh negara masih lagi hidup di bawah paras kemiskinan, malah beberapa peratus pula yang masih belum mendapat sebarang kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik serta bantuan-bantuan yang sepatutnya diperolehi.

Kata kebanyakan pemimpin Umno bahawa parti itu adalah Melayu dan Melayu adalah Umno dan jika sekiranya Umno sudah tidak ada lagi, maka rumpun Melayu akan pupus dari dunia ini. Itu semua adalah tidak benar sama sekali kerana Umno hanylah sebuah parti politik seperti mana parti-parti politik yang lain.

Jika sekiranya Umno benar-benar telah dan sedang membela nasib orang-orang Melayu seperti yang didakwanya selama ini, kenapa majoriti masyarakat Melayu pada hari ini masih hidup serba kekurangan dan banyak juga yang berada di bawah paras kemiskinan, sementara para pemimpin Umno menjadi semakin kaya-raya, menikmati taraf golongan bangsawan dan boleh bertindak membelakangi undang-undang sesuka hati mereka?

Umno masih memerintah negara ini sejak daripada lebih 55 tahun yang lalu dan tidak pernah kehilangan kuasa pada pilihanraya-pilihanraya umum yang lalu. Dengan keadaan dan kekuasaan yang dinikmati oleh Umno sekarang, kenapa pula orang-orang Melayu dan Islam masih merasa diri mereka terancam kedudukan mereka?

Kenapa di bawah pemerintahan Umno selama ini, kedudukan sosio-ekonomi orang-orang Melayu masih lagi tidak stabil dan senantiasa memerlukan bantuan dan suapan daripada kerajaan? Di manakah kesemua jenis dan bentuk bantuan, serta faedah yang sepatutnya disalurkan itu? Ada yang tidak kena di sini rupa-rupanya.

Menurut Datuk Syed Ali lagi, pemerintahan Umno selama ini telah meletakkan orang-orang Melayu sebagai satu bangsa yang mempunyai hak dan keistimewaan di dalam negara ini dan dengan kekuatan yang ada ini, kenapa pula orang-orang Melayu masih terasa seakan-akan diancam kedudukannya seperti yang didakwa oleh Umno?

Siapakah yang berasa terancam sebenarnya? Orang-orang Umno ataupun orang-orang Melayu? Inilah tajuk yang Umno cuba mengelirukan orang-orang Melayu selama ini.

Terbukti jelas,Umno adalah parti politik yang tidak konsisten di dalam usahanya untuk membela nasib orang-orang Melayu, sebaliknya lebih cenderung untuk mengekalkan kuasa politiknya di Putrajaya.

Janganlah kita ditipu lagi oleh sogokan murahan Umno ini.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Sebab tu kita jgn mintak undi atau izin manusia atau izin kafir di parlimen untuk perintah tuhan tempat segala sesuatu bergantung bang..ini nak buat perintah tuhan bang bukan nak buat parit depan rumah sampai kena mintak izin "gopal" atau "ah sang"...ini politik bikin kita semua jadi pak lawak bang..yg atas2 tu best la,sambil2 melawak,duit pun banyak..jumpa lawan masing2 minum kopi 1 table lg..yg bawah2 ni jadi paklawak gaduh sama sendiri x abih2 kono tipu bertingkek2 oleh ini politik bang oi..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.