Wednesday, May 21, 2014
Dyana untuk semua kaum yang cinta keadilan
PANTUN ABANG MAT SABU:
“Puteri istana sedang hamil,
membaca sajak sambil menari;
Pilih Dyana bukan dek comel,
kerana fikiran bijak bestari.”
Dyana alat semua kaum yang cintakan keadilan – Mat Sabu
TELUK INTAN, 19 MEI: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan
dakwaan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang melabel calon
DAP Parlimen Teluk Intan sebagai alat Cina adalah bukti bahawa parti
itu berada dalam ketakutan.
“Saya setuju dan tak nafi, memang Dyana alat Cina. Dia juga alat Melayu, alat India dan alat kepada semua rakyat Teluk Intan.
“Cukup-cukuplah UMNO main isu perkauman. Inilah dia perangai puak GST – Geng Songkok Tinggi.
“Mana-mana himpunan riuh ‘hidup Melayu’. Hidup Melayu! Sekat royalti ke
Kelantan dan tak buat lebuhraya ke negeri itu yang dihuni 95 peratus
Melayu. Hidup Melayu! Biasiswa diganti dengan pinjaman.
“Sekarang bila DAP, parti yang mereka label sebagai cauvinis Cina letak
calon Melayu, puak-puak GST ni habis tergamam,” katanya ketika berucap
di Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat PRK Teluk
Intan, di Kampung Bahagia, semalam.
Sebelum memulakan ucapan,
Mohamad Sabu sempat memberikan serangkap pantun yang disambut sorakan
dan tepukan gemuruh hampir 5,000 hadirin yang membanjiri kawasan lapang
di Kampung Bahagia:
“Puteri istana sedang hamil,
membaca sajak sambil menari;
Pilih Dyana bukan dek comel,
kerana fikiran bijak bestari.”
Beliau yang mesra dengan panggilan ‘abang mat’ turut berjanji untuk
mengerahkan semua jentera PAS Teluk Intan bagi membantu DAP sehingga
selesai pengundian 31 Mei ini.
“Semua jentera PAS Teluk Intan, termasuk Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli akan berada di sini sehingga hari pengundian.
“Kami akan bekerja seumpama PAS sendiri yang bertanding demi untuk memenangkan Dyana.
Abang Mat juga menyeru seluruh pengundi supaya menjadikan PRK ini
sebagai referendum dan mukadimah perubahan ke arah negara lebih baik di
masa akan datang.
“Menangkan calon kita 31 mei ini, dua tahun
setengah nanti menangkan pula Pakatan Rakyat, maka anda semua akan
melihat pembaharuan di segenap bidang seperti cara hidup dan ekonomi di
negara tercinta ini,” ujarnya. -Roketkini.com



0 orang berkata:
Post a Comment