Ramkarpal tetap tolak hudud
- Inilah poster ‘Hudud For All 2020’ yang disebarkan di laman Facebook yang tertera gambar Ramkarpal serta logo DAP.
GEORGETOWN - Calon DAP, Ramkarpal Singh Deo tetap dengan pendirian menolak pelaksanaan hudud di negara ini.
“Saya tetap sama dengan pendirian mendiang bapa, Karpal Singh dan DAP yang menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini," katanya ketika mengulas tindakan pihak tertentu menggunakan gambarnya yang diubahsuai serta logo DAP pada poster ‘Hudud For All 2020’ yang disebarkan di Facebook.
Menurutnya, poster berkenaan tidak ada kena mengena dengannya sebaliknya mahu merosakkan reputasinya sebagai calon DAP.
“Sebarang poster yang menggunakan isu hudud tertera gambar saya sama sekali bukan dicetak jentera PR dalam kempen PRK Bukit Gelugor,” katanya.
Sementara itu, Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh berkata, kerajaan negeri akan membuat laporan polis serta meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan poster yang menggunakan logonya sekitar Bukit Gambir dan Taman Tun Sardon.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak menggunakan logo yang tertera pada poster khususnya memperjuangkan hudud.
“Tindakan menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran adalah perlakuan tidak bertanggungjawab selain kelirukan rakyat,” katanya.
Jagdeep yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, poster berkenaan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri.
Menurutnya, mana-mana pihak yang mahu menggunakan logo kerajaan negeri perlu membuat permohonan.
Tinjauan Sinar Harian di Jalan Bukit Gambir dan Taman Tun Sardon mendapati semua poster dan kain rentang calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar juga mempunyai logo kerajaan negeri.

0 orang berkata:
Post a Comment