Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Sampai Jua!!! (Gambar) Inilah Pasangan Panda Gergasi Dari China.. Jom Terjah!!!


Feng Yi, salah seekor daripada dua beruang panda gergasi yang tiba dari China melihat keluar sangkarnya ketika tiba di Kompleks MASKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Mei, 2014.Feng Yi, salah seekor daripada dua beruang panda gergasi yang tiba dari China melihat keluar sangkarnya ketika tiba di Kompleks MASKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang, pagi tadi. Pasangan panda gergasi dari China, Fengyi dan Fuwa, simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di Kuala Lumpur hari ini bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama 10 tahun.
Pasangan panda gergasi itu tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 7.53 pagi dengan pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 (MH6462) dari Chengdu,China
Ketibaan dua ekor haiwan itu disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dan Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang.


Menjadi simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.
Pasangan panda yang diberi nama Fuwa (jantan) dan Fengyi ( betina) itu dibawa ke Zoo Negara hari ini dan bakal dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina.
Penghantaran pasangan panda itu pada mulanya dijadual pada 16 April lalu, tetapi ditangguh, berikutan kerajaan China mahu menumpukan usahanya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. – Bernama, 21 Mei, 2014.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.